Saturday 22 September 2012

Pakatan Rakyat: Pergelutan "YB Wannabe"

PR-Maijol Mahap VS Anthony Mandiau di Kota Marudu
Dalam posting yang lepas, Saya menulis bahawa "pemimpin PKR-APS saling RAGU MERAGUI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN". Alasannya ialah mereka saling bergelut merebut "candidate wannabes" yang seterusnya dipertaruhkan untuk menjadi "YB Wannabes".

BUKTINYA:-

“It was during this gathering that the APS leader announced that Mahap will be the Pakatan candidate for the Kota Marudu parliamentary seat, contesting on a PKR ticket.“What is this? This is clear that Mahap resigned from Upko so that he can contest, which he would not have been able to do if he is still in BN,”

“I am the Kota Marudu PKR head but was sidelined. This should not have happened,”-Tambah Anthony.

INI HANYALAH sekilas riak dari ombak yang besar. "A tips of iceberg", pergelutan kumpulan baru yang di bawa dalam Pakatan Rakyat. Kawasan lain seperi Tuaran, Kota Belud (atau Papar), Beaufort dan Labuan, kes ini hampir serupa.

APAKAH PENYERTAAN Dt. Wilfred Bumburing, DS Lajim Haji Ukin, Dt Haji Yahya Lampong dan TS Ibrahim Menudin ke Kapal Pakatan Rakyat satu KEBANGGAAN, MALAPETAKA BARU ATAU MASALAH BARU SEPERTI YG BERLAKU DI KOTA MARUDU?

Apakah kejadian di kota Marudu SATU PERTANDA bahawa STAR dan SAPP lebih organised berbanding Pakatan Rakyat?

APAKAH PAKATAN RAKYAT KHASNYA PKR LAYAK menamakan dirinya SEBAGAI Ketua Parti Pembangkang yang mengetuai semua Parti pembangkang di Sabah?

MASIH RAGU MERAGUI

STAR semasa Konvensyen I Star di Kota Kinabalu (kiri) APS semasa perjumpaan di Kg Marak Parak Kota Marudu. (kanan)
JELAS kepada pemerhati politik tanah air bahawa STAR adalah satu parti yang asasnya ingin menuntut hak dari kerajaan persekutuan sekaligus menentang Dasar-dasar Federalisma yang dianggap mengabaikan hak Sabah.

APS atau Angkatan Pembaharuan Sabah JELAS sebagai PKR yang BERTOPENGKAN APS. APS digunapakai oleh ANWAR untuk mengimbangi STAR yg diketuai Dr. Jeffrey yang TIDAK MAMPU diperkuda Anwar.

Bumburing sendiri tidak mempunyai kawasan yang selamat untuk bertanding. Dalam masa yg sama MASIH RAGU MERAGUI dengan pimpinan PKR lain yang juga mahu jadi YB Wannabes..

Apakah APS dan STAR selesa dengan keadaan ini? Wajarkah Bumburing mengenepikan STAR? Bagaimana dengan Edward Linggu (STAR) yang menantinya di Tamparuli untuk perlawanan kali ke II?

APAKAH APS DAN STAR YANG TAK SEHALUAN mampu mengimbangi parti parti KDM (PBS, UPKO dan PBRS) dalam BN? —

Thursday 20 September 2012

SOALAN DAN SSKM-Sabah Sarawak Keluar Malaysia

COPIED FROM A POSTING BY MY FB FREN (dengan izin)
Farahdiah Mohd Ismail

SOALAN 1. Perjuanagn STAR: Adakah STAR menyokong perjuangan SSKM-Sabah Sarawak Keluar Malaysia seperti yang utarakan oleh Doris Jones yang mendapat reaksi "panas" dalam kumpulan ini (UMB Sabah-Unit Medua baru Sabah-Kumpulan media dalam Facebook)?

Gambar: Di atas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR, mengajak "orang-orangnya" to pay tribute dan respect pemimpin kemerdekaan Sabah melalui Malaysia di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan, Kota Kinabalu.

Di bawah  Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berdiskusi (di belakang orang-orangnya) bersama DORIS JONES propagator SSKM-Sabah Sarawak Keluar Malaysia. (Maknanya Doris ini sebenarnya residing di Sarawak dan cuba mengelirukan ramai bahawa dia tinggal di UK dalam FB nya).

SOALAN 2. Adakah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan STAR juga subscribe idea yang hendak diperjuangkan Doris Jones, SSKM?

Monday 17 September 2012

16 September Part II

Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan negeri Sabah. itulah intipati ucapan Anwar Ibrahim sewaktu melawat Sabah 16 September 2012. Kali kedua Anwar berucap di Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah. Singgarung sendiri membawa pengertian lebih kurang "minum minuman keras atau minuman keras buatan tempatan".

Sambil berucap, Anwar mengahdapi sedikit cabaran dan gangguan dari seorang pengunjung yang telah mabuk akibat "menyinggarung". Keadaan bagaimanapun dapat ditenteramkan dengan bantuan orang ramai dan pasukan keselamatan.

16 September Part II.. janji Anwar... Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan Sabah selepas PRU13... 16 SEPTEMBER PT. II LAGI!!!. (Lama-lama keringlah AIR LIUR SI NUWAR INI....!!!)

16 September, 2008 masih diingati sebagai satu janji yang gagal. Malah ramai yang menganggap bahawa ianya satu pembohongan politik yang tiada taranya dalam abad millenium ini.

16 September, Pt.I. (2008)

Dalam kesibukan Anwar dan pasukan hadapannya mengejar 30 MP dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai PR, tahun 2008, Perak telah jatuh ke tangan BN. Perkara inilah yang membuatkan Pengerusi DAP tidak dapat menahan kemarahnya lalu terkeluar dan tersebarlah ungkapan Karpal Singh yang menolak kepimpinan Anwar.

Karpal Singh mengatakan bahawa Anwar telah banyak melakukan kerosakan dalam negara ini....sambil menyeru Anwar supaya bertaubat..

Bagi sesetengan pemerhati politik, ITU ADALAH PERTANDA AWAL BAHAWA SUATU HARI NANTI DAP AKAN MENJATUHKANNYA...

16 September, Pt.II (2012)

Anwar ke Sabah pada 15-16 September, 2012. Misi Utama ialah melancarkan Hari Malaysia 16 September 2012 dan menyambut penyertaan dua orang veteran politik, TS Ibrahim Menudin dan Dt. Hj Yahya Lampong.

Jika semasa Ds. Haji Lajim Haji Ukin dan Dt. Wilfred Mojilip Bumburing meninggalkan BN dianggap Anwar sebagai "the turning point of Malaysian politic" yang menjadi perhatian Asia dan global, kali ini penekanan yang dibawa Anwar berbeza. Anwar lebih fokus kepada "UBAH" yakni menjatuhkan kerajaan Negeri Sabah dan mengatakan PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU13. Penyertaan 2 pemimpin veteran dari UMNO merupakan penyuntik ilham kepada pokok persoalan yang menjadi penekanan dan fokus baru Anwar.

Sekaligus penekan dan fokus baru Anwar itu bermakna bahawa dia akan BAKAL MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7, SELEPAS PRU13. Inilah yang dapat disimpulkan sebagai 16 September Pt.II.

Warga laman sosial di Sabah terutama FB, rata-rata menganggap bahawa penyertaan dua pemimpin veteran UMNO itu ke PR sebagai "penerimaan pemimpin yang "expired" kerana pemimpin ini sudah lama tidak diturunkan BN ke gelanggang politik dan tidak juga diberi peranan politik sekian lama dan bakal mengerukan lagi PR Sabah terutama PKR yang sedia "lesu dan longlai" (meminjam kata-kata pemimpin kanan PKR Sabah).

Apakah 16, SEPTEMBER PT II akan menjadi kenyataan? WnS.

Sunday 16 September 2012

16 SEPTEMBER PT.II.

Anwar bin Ibrahim
SEMPENA 16 SEPTEMBER, ulang tahun ke 4 pembohongan politik yang tiada taranya di dunia yang dibuat Anwar bin Ibrahim pada tahun 2008. Anwar bin Ibrahim sekli lagi membuat satu lagi janji IAITU: SABAH MILIK PAKATAN RAKYAT PADA PRU 13.. Untuk itu bolehlah di panggil "16 SEPTEMBER PT.II".

Dia berucap di Singgah Singgarung, Tuaran pada 16 September, 2012.

Ingat ya "16 SEPTEMBER PT II" YAKNI Sabah milik Pakatan Rakyat selepas PRU13....

Rima hanya mampu ucapkan...'KESIAN ORANG POLITIK SEPERTI INI..NO WONDER DIA KENA TIBAI di sebelah sana..." ILUSINASI TERLALU KUAT.

Friday 14 September 2012

Yang Mendakwa Rasulullah SAW Sokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Laporan Polis Dibuat Ke Atas Khatib Yang Mendakwa Rasulullah SAW Sokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Naujubillah...KHATIB MCM INI PUN MASIH ADA KER?

DENGAR KHUTBAHNYA DI SINI...(audio)
http://khairulryezal.blogspot.com/2012/09/laporan-polis-dibuat-ke-atas-khatib.html

Komen Ustaz Fathul Bari.

Thursday 13 September 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP BLOG HINA TARIAN SUMAZAU

Bravoo dan tahniah kepada PBS yang membuat laporan polis mengenai PENGHINAAN BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT terhadap TARIAN SUMAZAU.

HE CAN RUN BUT HE CANNOT HIDE... Satu sejarah malang bagi penyokong Pakatan Rakyat...

PAPARAN NEW SABAH TIMES 1 SEPTEMBER, 2012.

LAPORAN POLIS TERHADAP BLOG HINA TARIAN SUMAZAU 13th September, 2012

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) membuat laporan polis mengenai sebuah artikel dalam blog Suara Pakatan Rakyat yang menghina tarian Sumazau.

Laporan polis mengenai artikel bertarikh 11 Sept, jam 12.05 petang itu yang dianggap sebagai menghina dan menghasut perasaan benci terhadap budaya masyarakat Kadazandusun Murut dikemukakan oleh Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin, di Balai Polis Penampang, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana artikel berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“PBS membuat laporan polis dan mendesak tindakan polis terhadap kenyataan berikut sesuai dengan mana-mana akta berkaitan dengan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Henrynus berkata, tajuk artikel “Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak” menghina seluruh masyarakat Kadazandusun Murut yang mempunyai rentak dan gaya tarian seumpama itu.

“Kenyataan dalam artikel itu seperti “Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang kebanyakan dari kita semua faham” menghina kerana menyatakan tarian Sumazau sebagai bukan tarian rakyat tetapi tarian pemujaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu kenyataan seperti “Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian itu tak berapa berkenaan di mata penulis, nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung” adalah menghina kerana ianya menyatakan penari Sumazau nampak bodoh. Perkataan “bodoh” bercanggah dengan semangat Rukun Negara.

“Penulis yakin, bukan seorang, majoriti rakyat Malaysia sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini. Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka. Kita di Semenanjung yang jauh lebih moden, bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu” – kenyataan ini menghina oleh kerana ia menuduh masyarakat Kadazandusun Murut sebagai kurang moden, kurang bertamadun, kolot dan ketinggalan zaman.

“Penulis rasa tindakan Najib “mencemar duli” dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik perhatian sokongan kaum India”—kenyataan ini sangat menghina masyarakat Kadazandusun Murut kerana ia menuduh bahawa menari Sumazau mencemar Duli, walaupun tidak sebut sepenuhnya,” katanya.

Henrynus berkata, kenyataan seperti “Berapa percent sangat mereka di Sabah? mengejek masyarakat Kadazandusun Murut sebagai minoriti dan tidak penting dalam politik Malaysia.

“Oleh itu PBS memohon polis menyiasat kenyataan blog ini seperti penulis blog dan mengambil tindakan wajar kerana menghina dan menyinggung perasaan masyarakat Kadazandusun Murut di Sabah yang dituduh sebagai bodoh, tidak bermoral, kebelakang, kurang bertamadun, terlalu kecil dan tidak layak dihormati,” katanya.

LANJUTAN SUMAZAU DIHINA BLOGGER SUARA PAKATAN RAKYAT

Wan Azizah-Laman tersebut berusaha keras untuk dilihat sebagai suara PR, akan tetapi, ia bukan. Saya ulang, ia bukan suara PR.

ISU "TARIAN SUMAZAU UNTUK GOLONGAN RENDAH AKHLAK"

Semalam, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa partinya mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.

"Laman tersebut berusaha keras untuk dilihat sebagai suara PR, akan tetapi, ia bukan. Saya ulang, ia bukan suara PR, kata beliau dalam sebuah kenyataan semalam.

Sumber: The Malaysian Insider.

Memang bukan "SUARA PR" sebab blog itu "SUARA PAKATAN RAKYAT". Tetapi Wan Azizah ini Presiden PKR, BUKAN Presiden PR... Kenapa pula Wan Azizah lantang bercakap bagi pihak PR?.

MCM SIARAN ULANGAN WAYANG DI MANA JAM OMEGA!!

Wednesday 12 September 2012

SUMAZAU DIHINA PUAK PAKATAN RAKYAT

memangpun blogger Puak Pakatan Rakyat yang menerima ajaran sesat.
PELACONG ASING HORMAT BUDAYA KITA. ASING MENGHARGAI BUDAYA KITA... KHAZANAH KITA.... puak-puak pencacai Pakatan Rakyat ini langsung menghina BUDAYA KITA.... KHAZANHA KITA yang menjadi warisan zaman berzaman. 
 
ADA PUAK yang sudah menjadi budayanya. Terus bingkas bangun menunding jari lalu SALAHKAN KERAJAAN.. KONON ini kerja UMNO, kerja pemuda UMNO... bila saja batang hidungnya terkena perbuatannya kerana NIAT SONGSANG Puaknya dia mula SPIN dan memutar alam. Itulah ilmu yang dia pelajari dari bossnya, anugerah tuan busut.
 
Perbuatan  INI TIDAK LEBIH DARI MENYERTAI GOLONGAN YANG MENGHINA BUDAYA DAN KHAZAH NEGERI INI..... ATAS NAMA KEBENARAN, kita rakyat Sabah membantah sekeras-kerasnya perbuatan ini dan meminta pihak yang berwajib menyiasat sehingga penulis ini memohon maaf secara terbuka.. Kita menentang penghinaan ini dan menentang mereka yang berdolak dalik mengenai penghinaa ini.
 
Naga kan ku tentang inikan pula cicak mengkarung...LIHAT KEBENARAN..

Monday 10 September 2012

Badrul Amin, Imam Mahdi dan Anwar Ibrahim

SALLEH MENCABAR AHLI UMNO..

Salleh Said Keruak
DS Salleh Tun Said, sebagai favorite calon Usukan Kota Belud, selaku Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Umno Sepanggar supaya berusaha bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, PRU13, bagi memastikan kedua-dua kerusi negeri, Karambunai dan Inanam, kekal dengan parti gabungan itu.

PASTINYA DS Salleh juga mahu mencabar Pengundi Kota Belud untuk terus mengekalkan BN di ketiga-tiga DUN Kota Belud DAN MP Kota Belud.

Sebagai rekod, pada PPRU12, 2008, N.12 Karambunai dimenangi BN dengan calon: Jainab binti Ahmad dengan undi sebanyak 7,914, mengatasi calon lain, Awang maidin awang Apong PKR-4896, dan BN menang dengan majotiti 3,018.

Manakala kawasan N,13- Inanam Calon DAP,Jeffrey Kumin @ John mendapat 2,864; calon Bebas, Clarence Chin @ Clay mendapat 196 undi, Daniel John Jambun PKR mendapat 4,293 undi dan calon BN Goh Chin Lok @ Johnny Goh mendapat 5,979 undi. BN Menang dengan majoriti 1,686 undi.

Kawasan N12-Karambunai dan N13 Inanam adalah dua DUN dalam Kawasan Parliment P.171-Sepanggar yang diwakili SAPP yang dimenanginya atas tiket BN pada PRU12.

Sunday 9 September 2012

BODYGUARD YANG PERLU DIAWASI...

BODYGUARD YANG PERLU DI"GUARD",
Bodyguard ini tidak nampak langsung bertugas mengawasi Anwar Ibrahim. Sebaliknya dia sendiri yang terpaksa diawasi. memangnya dia sendiri yang cari pasal ker?

Anwar pula, dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia merasakan bahawa dia tidak selamat apabila berada di dalam dan luar negara. Hairan... Anwar telahpun ke hulu dan ke hilir, dari Perlis hinggalah ke Sabah, keselamatannya  tidak pernah menjadi persoalan. 

Tiba-tiba muncul dengan sendirinya persekitaran Anwar sendiri tidak selamat pula kepada orang ramai....

timbullah soal: semua salah UMNO, SALAH NAJIB DAN SALAH ROSMAH kalo bukan salah "anjing-anjing UMNO"....

Anwar, dalam keadaan "sudah terang lagi bersuluh" ini sudah tiada pilihan lalu mengeluarkan kenyataan untuk menyerahkan kes ini kepada polis. Selama ini Anwar meragui polis kerana menganggap polis sebagai "anjing-anjing Kerajaan"

Speaker akan tentu status anggota Parlimen Labuan tidak lama lagi

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Jabatan Insolvensi telah memaklumkan beliau tentang status muflis anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal, dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Pandikar berkata beliau harus memutuskan sama ada membenarkan Yussof menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula 24 Sep. Dewan Rakyat dijadualkan bersidang dari 24 Sept hingga 27 Nov untuk sesi bajet.

Katanya beliau menerima pengesahan daripada Jabatan Insolvensi bulan lepas di mana Yussof diisytiharkan muflis dan akan meneliti dokumen yang diterimanya daripada jabatan itu sebelum membuat keputusan.

“Saya harus pulang ke pejabat dan meneliti semua perkara. Sekiranya saya akhirnya memutuskan beliau tidak layak sebagai anggota Parlimen, jadi saya harus bercakap dengan beliau dan meminta beliau tidak menghadiri sesi terakhir (Dewan Rakyat),” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Umno Kota Kinabalu di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada majlis itu.

Pada 7 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Labuan mengeluarkan notis muflis kepada Yussof, 56, walaupun jumlah hutang tidak didedahkan. Perintah muflis itu dikeluarkan berdasarkan permohonan yang difailkan pada 24 Mei lalu.

Yussof berkata usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan isu itu. Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.

Wednesday 5 September 2012

Insiden Pergaduhan Di Ibu Pejabat PKR 5 September, 2012

Mereka melaungkan "Hidup Rakyat, Hancur Peliwat, Hancur PKR"
Demonstrasi ini membawa kepada satu pergaduhan yang telah tercetus di antara dua kumpulan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pergaduhan tercetus apabila kedua-dua kumpulan,Barisan Bersatu Nambikkie dan PKR cuba menimbulkan provokasi di antara satu sama lain. Insiden tersebut dapat dileraikan 10 minit kemudian dengan bantuan 30 anggota polis. Seramai 30 orang ahli Barisan Bersatu Nambikkie dan 50 orang ahli PKR terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Mereka menuntut supaya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menuntut maaf kerana menjadi penggalak kepada pengebaran Bendera yang disebut Sang Saka Malaya (walaupun bendera itu tidak pernah menjadi pilihan rakyat sejak sejak zaman penentangan penjajah dahulu).

Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan terus berdemo ke Parliment bagi menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap tindakan Anwar Ibrahim.

BARU SEDIKIT ORANG DEMO PKR SUDAH BAWA GADUH.... Bila mereka sedar tentang demo besar-besaran yg mereka buat seperti Bersih 1,2, dan 3 dan Demo Anti Lynas serta Janji Demokrasi pada 30 Sept 2012.

JANGAN BILANG "SALAH UMNO LAGI ATAU SALAH NAJIB ATAU SALAH ROSMAH"

Tuesday 4 September 2012

SIAPA KETUA PEMBANGKANG SELEPAS ANWAR BERSARA?

Kenyataan Anwar untuk bersara diikuti oleh saranannya supaya generasi muda meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat, jelas menunjukkan bahawa Anwar sudah dijolok keadaan dan kenyataan bahawa pengaruhnya dalam arena politik semakin luntur. Kepemimpinannya juga semakin hari semakin turun dengan mendadak. Dia sudah diburu KEJATUHAN POLITIK dan dia menyedari keadaan itu.

Lajim, Bumburing dan Maijol tidak banyak membantu malah meminta bantuan. Anwar MENEGASKAN bahawa penyertaan Bumburing dan Lajim menyokong Pakatan Rakyat kunun sebagai "turning point" perubahan politik Malaysia. Seluruh Negara, Asia dan Dunia konon mengikuti perkembangannya yang pertama dan luarbiasa itu. Maklumlah, ANWAR TERCARI-CARI isu baru yang panas bagi melonjakkan semula namanya yg tercemar dengan kes Sodomi ii, Video xxx dengan China Doll, Besih 2-3, dan segunung lagi masalah.

Apakah Ketua Pembangkang yang bakal menggantikan Anwar juga kaki sembur dan tabur janji jika bukan pengamal pluralism dalam kontek agama?

Monday 3 September 2012

“getting whacked in East Malaysia”.

Lajim menyertai Pembangkang. Siapa tertipu?
Ramai yang sudah menduga bahawa penyertaan DS Haji Lajim Haji Okin ke Pembangkang tidak akan betah menimbulkan huru hara. Kini dugaan itu hampir menjadi kenyataan. Perkara sebenar pasti akan terserlah. Cuma yang menjadi persoalan ialah siapa sebenarnya yang menjadi liabiliti....Ikuti berita ini:- 
Raja Petra warned that tainted candidates like Lajim would result in Pakatan “getting whacked in East Malaysia”.

He said that Anwar was making a mistake in hoping that the road to Putrajaya would become clearer with politicians like Lajim with him.

“Having Lajim and those of his ilk as your partners will only ensure that Barisan Nasional will remain in power.

“I know you [Anwar] want to become prime minister. But this type of thing is only going to make your dream become our nightmare.

“As the Malays would say: why would we want to reject ‘penyamum’ and vote for ‘lanun’? We said we want change, meaning change for the better, not change for the worse,” he added.

Raja Petra also revealed that Lajim was asking too much from Anwar – apart from cash, he also allegedly wanted to become one of the three deputy prime ministers if/when Pakatan marches into Putrajaya.

And if he can’t become one of the three deputy prime ministers, then he wants at least the post of Sabah chief minister, said Raja Petra. “But Lajim can’t be made the chief minister of Sabah – and certainly not one of the three deputy prime ministers. And this is not because those posts have been promised to others, although that is one reason, but because he is carrying too much baggage,” 

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe