Wednesday 11 July 2012

BN and Umno leaders pawning Sabah’

Sabah is just one of the 13 states in 
Malaysia-Rahman Dahlan
 Queville To | July 11, 2012

The formation of Malaysia was similar to the formation of Great Britain consisting of England, Wales, Scotland and Northern Ireland where each of them have their own autonomy.

KOTA KINABALU: Sabah Progressive Party (SAPP) has denounced Kota Belud MP Abdul Rahaman Dahlan’s view that Sabah is just one of the 13 states in Malaysia.

SAPP supreme council member Peter Marajin accused Abdul Rahman of denying Sabah’s autonomy by twisting the history of the proclamation of Malaysia in Sept 16, 1963.

Saturday 7 July 2012

SEPATUTNYA ANWAR BERSARA LEBIH AWAL

Penguam Utama DSAI dalam Kes Sodomi II pernah menuduh DSAI sebagai pengamal homoseksual yang teruk, Apakah ianya akan terpadam bila DSAI menjadi PM atau tidak menjadi PM? Karpal sendiri pernah mengatakan bahawa DSAI banyak melakukan kemusnahan dalam negara ini dan harus bertaubat.
Menyedari bahawa terlalu banyak kes makhamah dan tuduhan yang membayangi kerjaya politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu begitu lama untuk bersara dari politik. Mahkamah telah membuktikan bahawa kes sodomi I telah mencemar moralnya di mata dunia dan khususnya di mata rakyat Malaysia. "Public Confident" terhadap moral DSAI terlalu rendah setelah kes sodomi I dan II diikuti dengan bayangan video Sex dan bayangan tuduhan billion ringgit dalam akaun di bawah kawalan pihaknya.

Tuesday 3 July 2012

Suaram didakwa diwujud untuk kelirukan rakyat

Cyntia Gabriel, Individu yang memain peranan utama merekayasa isu Scorpene
KUALA LUMPUR 2 Julai - Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.

"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.  "Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram...."Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.

Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM)......"Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya......"Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan," dakwanya.

Menurut Ramlan, menerusi maklumat yang diperolehinya, sumber pendapatan terbesar syarikat itu adalah hasil pembiayaan salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

"Saya cabar pemimpin berkenaan buat pengesahan dan beri penjelasan sumbangan sebenar pendapatan syarikat," katanya.

- UTUSANONLINE

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe