Friday, 25 January 2013

Pembangkang ambil kesempatan isu RCI demi kepentingan politik: Dr. Salleh

 Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya.

Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cuma memanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentingan politik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.

“...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini. Mereka tidak mahu panel RCImenyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataan daripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkan keputusan suruhanjaya berkenaan.

“Strategi utama mereka adalah untuk membabitkan Umno,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini kelmarin.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini kelmarin.

Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya.

“Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya,” katanya.

Selasa lepas, Salleh, yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud mencabar Anwar supaya berterus terang mengenai pendatang tanpa izin kepada suruhanjaya berkenaan yang ditugaskan meneliti masalah yang tertangguh di negeri ini sejak sekian lama.

Salleh dipetik sebagai menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Anwar untuk berbuat demikian memandangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, dan menambah: “beliau (Anwar) seorang yang berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”.

Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan oleh perdana menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

Prosiding berikutnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan dari 22 hingga 27 Feb.

Tuesday, 11 December 2012

Mau jawatan Ketua Menteri Sabah

Kalu mau jawatan Ketua Menteri, DSP Lajim Haji Ukin kena menang DUN Klias dulu. Tapi Anwar tidak concern mengenai DUN... dia hanya kisah MP atau Kerusi Parlimen, sebab dia mau jadi Perdana Menteri.. "Ada ku kisah kamu mau jadi Ketua Menteri"....

Karpal Singh sudah cakap "Jangan Tamak" mau taanding MP mau juga DUN.. JANGAN!!

Masalahnya Pemimpin PKR yang lain mau juga tanding DUN Klias dan mau juga tanding MP Beaufort..

APS bila mau masuk PKR? atau ada yang nak bawa berperang salib kalau mau rebut kedudukan PKR... atau nak bertumbuk sahaja jawabanya...

INILAH PAKATAN RAKYAT (SABAH) kalo tak gaduh, bertumbuk.... JANGAN TAH MIATU.... hujung-hujung minta bantu bantuan... hujung hujung yang dikejar tak dapat yang dikandung keciciran.....

Saturday, 1 December 2012

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah di Kelantan

YB Md Alwi Che Ahmad
Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

Dato’ Nik Aziz Nik Mat 
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim) 
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

Adlina Abdul (anak Abdul Halim) 
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.

Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?

DARI RAKAN FACEBOOK, SDR ARIFFIN HUSSIN...

BISIKAN SYAITAN

Di penghujung BISIKAN INI, DAP yang happy dan beberapa pemimpin DAP yang bertopengkan PKR dalam PKR.... Tian Chua, Elizabeth Wong, Santiago to name a few are PKR Celup... tetapi jelmaan DAP..
Hadith :

1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”- Riwayat Bukhari Dan Muslim

2. Sabda Rasulullah SAW:

”Dalam hati ada dua bisikan. Satu bisikan daripada Malaikat mengajak kebaikan dan mempercayai akan kebenaran. Siapa yang merasakannya,ketahuilah ketahuilah ianya daripada Allah dan hendaklah memuji kepadaNya. Yang lainnya bisikan daripada musuh
( syaitan ) mengajak kepada kejahatan dan mendustakan kebenaran,bahkan melarang kebaikan. Siapa menemukannya hendaklah segera memohon perlindungan kepada Allah daripada bisikan syaitan yang terkutuk.” — with Junaiddy Mohd Nazry and 4 others.

Tuesday, 20 November 2012

Hak Istiewa Bumiputera dihapuskan?


Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez dan organisasi amal antarabangsa, Equal Right Trust (ERT) yang mencadangkan HAK BUMIPUTERA DI NEGARA INI DIMANSUHKAN dimansuhkan.

Selain sebagai Pengerusi Tenaganita (NGO), Irene Fernandez JUGA merupakan SUPREME COUNCIL MEMBER/AHLI MAJLIS TERTINGGI PARTI KEADILAN RAKYAT.

SEBELUM INI DIA SERING mendapat kecaman media kerana sering memburukkan imej negara di luar negara. Antaranya kenyataan stereotypenya mengenai layan terhadap pekerja asing di Malaysia khasnya dari Indonesia yang dianggap boleh mencetuskan hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia atau sekurang-kurang menyinggung perasaan NGO dan rakyat Indonesia.

APAKAH ADA SUDAH BERSEDIA KEHILANGAN HAK ANDA SEBAGAI BUMIPUTERA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN?

Sebagai rekod, She was arrested in 1996 and charged with 'maliciously publishing false news'. After seven years of trial, she was found guilty in 2003 and convicted to one year's imprisonment. Released on bail pending her appeal, her passport was held by the courts, and as a convicted criminal, she was barred from standing as parliamentary candidate in the 2004 Malaysian elections.

Friday, 16 November 2012

Pas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah

Datuk Dr Harun Taib
KOTA BAHARU, 16 Nov (Bernama) -- Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan. 

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan. 

"Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

-- BERNAMA

Tuesday, 13 November 2012

GEMBIRAKAN SALMAN RUSHDIE DAN IRSHAD MANJI...

Salman Rushdie dengan The Satanic Verse karyanya dan Irshad Manji dengan Allah Kebebasan dan Cinta hasil kajian dan karyanya.
Berita mengenai hak kebebasan murtad dan kenyataan Nurul Ezzah Binti Anwar MENGENAI KEBEBASAN MEMILIH AGAMA PASTI MENGEMBIRAKAN SALMAN RUSHDIE DAN IRSHAD MANJI...

Sekurang-kurangnya mereka sudah mendapat alasan yang logik dan kukuh untuk bebas bergerak di Malaysia.. BETUL TAK? Mereka gembira kerana mereka ada Nurul Ezzah binti Anwar yang dapat menjadi sandaran mereka...Sekurang-kurangnya mereka sudah ada SEKUTU di Malaysia.

No Mercy

 No Mercy
Rakyat Malaysia keturunan India sudah merasa bahang penipuan bermula dari Kes Kampung Buah Pala.

Dulu kata Anwar semasa PRU12 "2 minggu selepas PR mengambil alih pemerintahan, Kes Kg. Buah Pala Selesai". Bila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri P.Pinang, Penduduk Kg Buah Pala DIUSIR , RUMAH MEREKA DIROBOHKAN..

Kini Makkal Shakti MENYANGGAH PR.... No Mercy... tak mau jadi barua Sivaji..."DOWN WITH PR" kata mereka....

Nah INI KALI LAH....!!

Sunday, 4 November 2012

Najib VS Hadi: DAP pasti ketawa besar .

Najib VS Hadi: Guan Eng pasti ketawa besar 
Ustaz Haji Hadi Awang nak bertanding di MP Pekan, Pahang menentang Najib Tun Razak dalam PRU13.

Mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyatakan restunya. Guan Eng akan tertawa besar sbb golongan Anwarinas dan Parasit PAS tak perlu lagi menyingkir Haji Hadi. Dia akan tumpas dan ditumpaskan di MP Pekan semasa menentang Najib.

Bila Hj Hadi tewas kelak, maknanya golongan Ulama dalam PAS akan kehilangan ketua. Presiden PAS yang baru bakal dipilih selepas PRU13... Pastinya dan mestilah dari golongan yang menyokong Anwarinas dan mesra DAP..

Agaknya berapa jauh Haji Hadi akan ketinggalan mengejar Najib dalam PRU13 nanti dalam perlumbaan di MP. Pekan, Pahang ?

Sesetengah penganalisa politik berpendapat bahawa Anwar tahu bahawa golongan ulama PAS menolak kepimpinannya... jalan mudah bagi Anwar ialah "regime change"... dia mahu memilih golongan yg memihak kepadanya....

HUTANG NEGARA: Rakyat DIMANIPULASI dengan numbor oleh Pembangkang.


HUTANG NEGARA: Rakyat DIMANIPULASI dengan numbor oleh Pembangkang.

Kedudukan HUTANG NEGARA pada masa ini adalah seperti berikut:-

Hutang Luar Negara = RM17.6 billion = 3.5% 
Hutang Dalam Negara = RM484.8 billion = 96.5% 
Jumlah Hutang Negara = RM502.4 billion = 100 % = 53.7% dari KDNK dan antara peratusan hutang negara ini berbanding KDNK adalah antara yang terendah di dunia. 

Sejak tahun 1980-an Malaysia menanggung jumlah beban hutang negara. HUTANG LUAR NEGARA ADALAH PERATUSAN KECIL dalam jumlah hutang negara. Namun negara tetap mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan berkembang. Jumlah hutang negara adalah 53.7% dari KDNK, ANTARA SATU KEDUDUKAN PERATUSAN YANG TERRENDAH DI DUNIA. 

MENGAPA pula Malaysia harus bankrupt pada tahun2012-2013 ini? 

Pada tahun 90an hutang negara melebihi 75% dari KDNK, bangkrapkah Malaysia waktu itu? Berbanding hutang negara Jepun melebihi 200% dari KDNK, bangkrapkah Jepun? Hutang negara UK melebihi 158% dari KDNK,bangkrapkah UK? Hutang negara Singapura 98% dari KDNK,bangkrapkah Singapura? 

MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA YANG MEMPUNYAI HUTANG NEGARA YANG TERURUS DENGAN BAIK DAN CONSISTENT SEJAK BERPULUH TAHUN YANG LALU DAN DIIKTIRAF DUNIA. Kenapa pembangkang membohongi Rakyat Malaysia dengan memanipulasi fact and figure seolah-olah Malaysia akan Bankrupt sedangkan ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan yang baik tatkala negara maju seperti Amerika mengalami Krisis ekonomi. 

Tandanya, Malaysia mengalami kemakmoran yang berterusan sehingga kini.. Mahukah kita menggadai kemakmuran ini semata-mata kerana penipuan dan manipulasi?

Ingatkah anda bahawa Malaysia mengalami kris ekonomi 1997-1998 disebabkan oleh perbuatan penyangak mata wang George Soros, rakan rapat Anwar Ibrahim?

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe