Wednesday, 20 June 2012

MEMANG TAK SEPAKAT PUN!

OLEH: ADMIN MKK.

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan adalah pertanda bahawa Pakatan Rakyat TIDAK sepakat dalam erti kata sebenarnya.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, seolah-olah telah setuju dengan kenyataan Tian Chua. Apa tidaknya. PAS sudah pasti akan kehilangan sokongan jika lambang keramat PAS "bulan penuh diketepikan" Ketua Penerangan PAS itu pernah menegaskan bahawa pihak pembangkang tidak akan menggunakan lambang yang sama pada PRU13.

Keadaan yang dapat dilihat sebagai pelik ialah bilaman PAS sudah mengiktiraf sikap DAP yang cauvisist  dan konservatif perkaumananya. Kata Tuan Ibrahim, DAP tentunya tidak mahu imej cauvinisme Cinanya hilang jika logo roket tidak digunakan dalam pilihan raya. Apakah PAS sudah menelan dasar CHAUVINISM DAP dan menganggapnya sebagai kawan setia dan rakan kongsi yang baik dalam Pakatan Rakyat?

Nampaknya PKR sahajalah parti yang bersungguh-sungguh menggunakan Lambang Pakatan Rakyat. Umum tahu bahawa menggunakan lambang yang sama menguntungkannya kerana sememangnya selama ini, PKR lebih kelihatan menumpang populariti yang ada pada Pas dan DAP.

Keadaan ini, pengggunaan lambang parti masing-masing, sudah pasti dilihat bahawa PR tidak sepakat. Lambat laun mereka akan menegakkan identiti masing-masing dan akan sendirinya melupakan PR. Selepas PRU 13, kesepakatan ini akan teruji. Ujian yang paling getir ialah penegakkan terhadap ideologi parti masing-masing yang menjurus kepada perpecahan PR.

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe