Sunday, 9 September 2012

Speaker akan tentu status anggota Parlimen Labuan tidak lama lagi

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Jabatan Insolvensi telah memaklumkan beliau tentang status muflis anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal, dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Pandikar berkata beliau harus memutuskan sama ada membenarkan Yussof menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula 24 Sep. Dewan Rakyat dijadualkan bersidang dari 24 Sept hingga 27 Nov untuk sesi bajet.

Katanya beliau menerima pengesahan daripada Jabatan Insolvensi bulan lepas di mana Yussof diisytiharkan muflis dan akan meneliti dokumen yang diterimanya daripada jabatan itu sebelum membuat keputusan.

“Saya harus pulang ke pejabat dan meneliti semua perkara. Sekiranya saya akhirnya memutuskan beliau tidak layak sebagai anggota Parlimen, jadi saya harus bercakap dengan beliau dan meminta beliau tidak menghadiri sesi terakhir (Dewan Rakyat),” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Umno Kota Kinabalu di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada majlis itu.

Pada 7 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Labuan mengeluarkan notis muflis kepada Yussof, 56, walaupun jumlah hutang tidak didedahkan. Perintah muflis itu dikeluarkan berdasarkan permohonan yang difailkan pada 24 Mei lalu.

Yussof berkata usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan isu itu. Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe