Monday, 10 September 2012

SALLEH MENCABAR AHLI UMNO..

Salleh Said Keruak
DS Salleh Tun Said, sebagai favorite calon Usukan Kota Belud, selaku Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Umno Sepanggar supaya berusaha bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, PRU13, bagi memastikan kedua-dua kerusi negeri, Karambunai dan Inanam, kekal dengan parti gabungan itu.

PASTINYA DS Salleh juga mahu mencabar Pengundi Kota Belud untuk terus mengekalkan BN di ketiga-tiga DUN Kota Belud DAN MP Kota Belud.

Sebagai rekod, pada PPRU12, 2008, N.12 Karambunai dimenangi BN dengan calon: Jainab binti Ahmad dengan undi sebanyak 7,914, mengatasi calon lain, Awang maidin awang Apong PKR-4896, dan BN menang dengan majotiti 3,018.

Manakala kawasan N,13- Inanam Calon DAP,Jeffrey Kumin @ John mendapat 2,864; calon Bebas, Clarence Chin @ Clay mendapat 196 undi, Daniel John Jambun PKR mendapat 4,293 undi dan calon BN Goh Chin Lok @ Johnny Goh mendapat 5,979 undi. BN Menang dengan majoriti 1,686 undi.

Kawasan N12-Karambunai dan N13 Inanam adalah dua DUN dalam Kawasan Parliment P.171-Sepanggar yang diwakili SAPP yang dimenanginya atas tiket BN pada PRU12.

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe