Sambil berucap, Anwar mengahdapi sedikit cabaran dan gangguan dari seorang pengunjung yang telah mabuk akibat "menyinggarung". Keadaan bagaimanapun dapat ditenteramkan dengan bantuan orang ramai dan pasukan keselamatan.
16 September Part II.. janji Anwar... Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan Sabah selepas PRU13... 16 SEPTEMBER PT. II LAGI!!!. (Lama-lama keringlah AIR LIUR SI NUWAR INI....!!!)
16 September, 2008 masih diingati sebagai satu janji yang gagal. Malah ramai yang menganggap bahawa ianya satu pembohongan politik yang tiada taranya dalam abad millenium ini.
16 September, Pt.I. (2008)
Dalam kesibukan Anwar dan pasukan hadapannya mengejar 30 MP dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai PR, tahun 2008, Perak telah jatuh ke tangan BN. Perkara inilah yang membuatkan Pengerusi DAP tidak dapat menahan kemarahnya lalu terkeluar dan tersebarlah ungkapan Karpal Singh yang menolak kepimpinan Anwar.
Karpal Singh mengatakan bahawa Anwar telah banyak melakukan kerosakan dalam negara ini....sambil menyeru Anwar supaya bertaubat..
Bagi sesetengan pemerhati politik, ITU ADALAH PERTANDA AWAL BAHAWA SUATU HARI NANTI DAP AKAN MENJATUHKANNYA...
16 September, Pt.II (2012)
Anwar ke Sabah pada 15-16 September, 2012. Misi Utama ialah melancarkan Hari Malaysia 16 September 2012 dan menyambut penyertaan dua orang veteran politik, TS Ibrahim Menudin dan Dt. Hj Yahya Lampong.
Jika semasa Ds. Haji Lajim Haji Ukin dan Dt. Wilfred Mojilip Bumburing meninggalkan BN dianggap Anwar sebagai "the turning point of Malaysian politic" yang menjadi perhatian Asia dan global, kali ini penekanan yang dibawa Anwar berbeza. Anwar lebih fokus kepada "UBAH" yakni menjatuhkan kerajaan Negeri Sabah dan mengatakan PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU13. Penyertaan 2 pemimpin veteran dari UMNO merupakan penyuntik ilham kepada pokok persoalan yang menjadi penekanan dan fokus baru Anwar.
Sekaligus penekan dan fokus baru Anwar itu bermakna bahawa dia akan BAKAL MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7, SELEPAS PRU13. Inilah yang dapat disimpulkan sebagai 16 September Pt.II.
Warga laman sosial di Sabah terutama FB, rata-rata menganggap bahawa penyertaan dua pemimpin veteran UMNO itu ke PR sebagai "penerimaan pemimpin yang "expired" kerana pemimpin ini sudah lama tidak diturunkan BN ke gelanggang politik dan tidak juga diberi peranan politik sekian lama dan bakal mengerukan lagi PR Sabah terutama PKR yang sedia "lesu dan longlai" (meminjam kata-kata pemimpin kanan PKR Sabah).
Apakah 16, SEPTEMBER PT II akan menjadi kenyataan? WnS.
No comments:
Post a Comment
Be ethical please