Tuesday 11 December 2012

Mau jawatan Ketua Menteri Sabah

Kalu mau jawatan Ketua Menteri, DSP Lajim Haji Ukin kena menang DUN Klias dulu. Tapi Anwar tidak concern mengenai DUN... dia hanya kisah MP atau Kerusi Parlimen, sebab dia mau jadi Perdana Menteri.. "Ada ku kisah kamu mau jadi Ketua Menteri"....

Karpal Singh sudah cakap "Jangan Tamak" mau taanding MP mau juga DUN.. JANGAN!!

Masalahnya Pemimpin PKR yang lain mau juga tanding DUN Klias dan mau juga tanding MP Beaufort..

APS bila mau masuk PKR? atau ada yang nak bawa berperang salib kalau mau rebut kedudukan PKR... atau nak bertumbuk sahaja jawabanya...

INILAH PAKATAN RAKYAT (SABAH) kalo tak gaduh, bertumbuk.... JANGAN TAH MIATU.... hujung-hujung minta bantu bantuan... hujung hujung yang dikejar tak dapat yang dikandung keciciran.....

Saturday 1 December 2012

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah di Kelantan

YB Md Alwi Che Ahmad
Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

Selain daripada Nik Aziz dan isterinya, adakah sudah menjadi polisi PAS untuk membahagi-bahagikan tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri kepada para wakil rakyatnya? Atau semua tanah-tanah itu semua dianggap seolah-olah bagaikan harta rampasan perang maka rakyat tiada hak untuk mempersoalkannya?

Dato’ Nik Aziz Nik Mat 
- Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000
- Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997

Datin Tuan Sabariah
- Lojing 1, Lot 29, Gua Musang pada 21 Disember 1997

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
- Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim) 
- Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

Adlina Abdul (anak Abdul Halim) 
- Lot 102 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

YB Zulkifli Yaakob (ADUN Guchil)
- Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas)
- Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

YB Omar Muhammad (ADUN Perupok)
- Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti)
- Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

Penceramah Pas, Razak Abas
- Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

Pendedahan ini sepatutnya dapat menarik perhatian para pegawai SPRM untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku, lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada lot-lot tanah itu diperolehi secara percuma.

Sebetulnya isu ini sudah lama dalam pengetahuan SPRM Kelantan, tapi dengarnya ada segelintir pegawai SPRM Kelantan dipercayai turut terlibat menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Jika tidak kerana usaha sekumpulan kecil rakyat Kelantan yang anti rasuah membawa isu ini ke pengetahuan UMNO tentunya sampai kiamatlah khalayak umum percaya tiada seinci tanah pun di Ladang Rakyat yang menjadi milik pemimpin PAS.

Jika pembaca masih ingat, semasa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berceramah di Seksyen 24, Shah Alam lebih seminggu lalu antara jaminan yang ditekankannya ialah polisi Pakatan Pembangkang untuk menghalang mana-mana pemimpin dan wakil rakyat DAP, PKR atau PAS daripada memiliki walau seinci pun tanah.

Persoalan sekarang, apa pula komen anak perempuan Ketua Umum PKR itu bila mana terdedahnya penyelewengan tanah Ladang Rakyat serta penganugerahan tanah kepada pemimpin-pemimpin PAS? Ada tak jawapan untuk pengecualian?

DARI RAKAN FACEBOOK, SDR ARIFFIN HUSSIN...

BISIKAN SYAITAN

Di penghujung BISIKAN INI, DAP yang happy dan beberapa pemimpin DAP yang bertopengkan PKR dalam PKR.... Tian Chua, Elizabeth Wong, Santiago to name a few are PKR Celup... tetapi jelmaan DAP..
Hadith :

1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”- Riwayat Bukhari Dan Muslim

2. Sabda Rasulullah SAW:

”Dalam hati ada dua bisikan. Satu bisikan daripada Malaikat mengajak kebaikan dan mempercayai akan kebenaran. Siapa yang merasakannya,ketahuilah ketahuilah ianya daripada Allah dan hendaklah memuji kepadaNya. Yang lainnya bisikan daripada musuh
( syaitan ) mengajak kepada kejahatan dan mendustakan kebenaran,bahkan melarang kebaikan. Siapa menemukannya hendaklah segera memohon perlindungan kepada Allah daripada bisikan syaitan yang terkutuk.” — with Junaiddy Mohd Nazry and 4 others.

Tuesday 20 November 2012

Hak Istiewa Bumiputera dihapuskan?


Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez dan organisasi amal antarabangsa, Equal Right Trust (ERT) yang mencadangkan HAK BUMIPUTERA DI NEGARA INI DIMANSUHKAN dimansuhkan.

Selain sebagai Pengerusi Tenaganita (NGO), Irene Fernandez JUGA merupakan SUPREME COUNCIL MEMBER/AHLI MAJLIS TERTINGGI PARTI KEADILAN RAKYAT.

SEBELUM INI DIA SERING mendapat kecaman media kerana sering memburukkan imej negara di luar negara. Antaranya kenyataan stereotypenya mengenai layan terhadap pekerja asing di Malaysia khasnya dari Indonesia yang dianggap boleh mencetuskan hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia atau sekurang-kurang menyinggung perasaan NGO dan rakyat Indonesia.

APAKAH ADA SUDAH BERSEDIA KEHILANGAN HAK ANDA SEBAGAI BUMIPUTERA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN?

Sebagai rekod, She was arrested in 1996 and charged with 'maliciously publishing false news'. After seven years of trial, she was found guilty in 2003 and convicted to one year's imprisonment. Released on bail pending her appeal, her passport was held by the courts, and as a convicted criminal, she was barred from standing as parliamentary candidate in the 2004 Malaysian elections.

Friday 16 November 2012

Pas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah

Datuk Dr Harun Taib
KOTA BAHARU, 16 Nov (Bernama) -- Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan. 

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan. 

"Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

-- BERNAMA

Tuesday 13 November 2012

GEMBIRAKAN SALMAN RUSHDIE DAN IRSHAD MANJI...

Salman Rushdie dengan The Satanic Verse karyanya dan Irshad Manji dengan Allah Kebebasan dan Cinta hasil kajian dan karyanya.
Berita mengenai hak kebebasan murtad dan kenyataan Nurul Ezzah Binti Anwar MENGENAI KEBEBASAN MEMILIH AGAMA PASTI MENGEMBIRAKAN SALMAN RUSHDIE DAN IRSHAD MANJI...

Sekurang-kurangnya mereka sudah mendapat alasan yang logik dan kukuh untuk bebas bergerak di Malaysia.. BETUL TAK? Mereka gembira kerana mereka ada Nurul Ezzah binti Anwar yang dapat menjadi sandaran mereka...Sekurang-kurangnya mereka sudah ada SEKUTU di Malaysia.

No Mercy

 No Mercy
Rakyat Malaysia keturunan India sudah merasa bahang penipuan bermula dari Kes Kampung Buah Pala.

Dulu kata Anwar semasa PRU12 "2 minggu selepas PR mengambil alih pemerintahan, Kes Kg. Buah Pala Selesai". Bila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri P.Pinang, Penduduk Kg Buah Pala DIUSIR , RUMAH MEREKA DIROBOHKAN..

Kini Makkal Shakti MENYANGGAH PR.... No Mercy... tak mau jadi barua Sivaji..."DOWN WITH PR" kata mereka....

Nah INI KALI LAH....!!

Sunday 4 November 2012

Najib VS Hadi: DAP pasti ketawa besar .

Najib VS Hadi: Guan Eng pasti ketawa besar 
Ustaz Haji Hadi Awang nak bertanding di MP Pekan, Pahang menentang Najib Tun Razak dalam PRU13.

Mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyatakan restunya. Guan Eng akan tertawa besar sbb golongan Anwarinas dan Parasit PAS tak perlu lagi menyingkir Haji Hadi. Dia akan tumpas dan ditumpaskan di MP Pekan semasa menentang Najib.

Bila Hj Hadi tewas kelak, maknanya golongan Ulama dalam PAS akan kehilangan ketua. Presiden PAS yang baru bakal dipilih selepas PRU13... Pastinya dan mestilah dari golongan yang menyokong Anwarinas dan mesra DAP..

Agaknya berapa jauh Haji Hadi akan ketinggalan mengejar Najib dalam PRU13 nanti dalam perlumbaan di MP. Pekan, Pahang ?

Sesetengah penganalisa politik berpendapat bahawa Anwar tahu bahawa golongan ulama PAS menolak kepimpinannya... jalan mudah bagi Anwar ialah "regime change"... dia mahu memilih golongan yg memihak kepadanya....

HUTANG NEGARA: Rakyat DIMANIPULASI dengan numbor oleh Pembangkang.


HUTANG NEGARA: Rakyat DIMANIPULASI dengan numbor oleh Pembangkang.

Kedudukan HUTANG NEGARA pada masa ini adalah seperti berikut:-

Hutang Luar Negara = RM17.6 billion = 3.5% 
Hutang Dalam Negara = RM484.8 billion = 96.5% 
Jumlah Hutang Negara = RM502.4 billion = 100 % = 53.7% dari KDNK dan antara peratusan hutang negara ini berbanding KDNK adalah antara yang terendah di dunia. 

Sejak tahun 1980-an Malaysia menanggung jumlah beban hutang negara. HUTANG LUAR NEGARA ADALAH PERATUSAN KECIL dalam jumlah hutang negara. Namun negara tetap mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan berkembang. Jumlah hutang negara adalah 53.7% dari KDNK, ANTARA SATU KEDUDUKAN PERATUSAN YANG TERRENDAH DI DUNIA. 

MENGAPA pula Malaysia harus bankrupt pada tahun2012-2013 ini? 

Pada tahun 90an hutang negara melebihi 75% dari KDNK, bangkrapkah Malaysia waktu itu? Berbanding hutang negara Jepun melebihi 200% dari KDNK, bangkrapkah Jepun? Hutang negara UK melebihi 158% dari KDNK,bangkrapkah UK? Hutang negara Singapura 98% dari KDNK,bangkrapkah Singapura? 

MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA YANG MEMPUNYAI HUTANG NEGARA YANG TERURUS DENGAN BAIK DAN CONSISTENT SEJAK BERPULUH TAHUN YANG LALU DAN DIIKTIRAF DUNIA. Kenapa pembangkang membohongi Rakyat Malaysia dengan memanipulasi fact and figure seolah-olah Malaysia akan Bankrupt sedangkan ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan yang baik tatkala negara maju seperti Amerika mengalami Krisis ekonomi. 

Tandanya, Malaysia mengalami kemakmoran yang berterusan sehingga kini.. Mahukah kita menggadai kemakmuran ini semata-mata kerana penipuan dan manipulasi?

Ingatkah anda bahawa Malaysia mengalami kris ekonomi 1997-1998 disebabkan oleh perbuatan penyangak mata wang George Soros, rakan rapat Anwar Ibrahim?

Wednesday 24 October 2012

DR SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR

 Dr Sidek Baba
Dr Sidek Baba Tinggalkan Anwar. Sidek yang merupakan bekas orang kuat dalam perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar suatu ketika dulu.

Kini Dr Sidek Baba adalah seorang Professor Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia- UIAM.

“Bagi saya, saya tidak bercakap soal parti. Saya bercakap tentang soal kerajaan dan negara… Saya ada prinsip hidup saya, saya sumbangkan untuk negara dan umat manusia. Adakah itu salah? .....“Tetapi apabila soal kredibiliti menjadi isu kepada saya, isu itu membuat saya memilih antara yang baik dan yang tidak baik. Isu itu membuat saya memilih negara yang aman dan stabil, atau tidak,”-Katanya

DEMIKIAN PANDANGAN SEORANG PENSYARAH KANAN, SEORANG PROFESSOR DI UIAM.

KELENTONG

Rakyat Malaysia di Skudai Johor sudah kena KELENTONG mengenai Sabah oleh Anwar. Keningau, Lahad Datu dan Papar sudah dalam gengamannya?!! Rakyat Johor jangan mudah kena KELENTONG... Sabah Tak Pernah Goyang...

Sambil Anwar bernyanyi merdu terpaksa "tanya sama Najib kenapa bergoyang, itulah tandanya Sabah kan hilang". Lagu Anwar ini dipadankan dengan lirik lagu "tanya sama pokok kenapa bergoyang".. Konon Sabah sudah goyang oleh PKR bawaannya dari Kuala Lumpur!

Saya dan rakan-rakan membalasnya dengan pantun dua kerat: "KITA BILANG, BIAR DIA PULANG BAWA TULANG"

Khartoum, SUDAN di bomb Israel

Khartoum, SUDAN di bomb Israel hari ini. Bila tentera Israel ditanya samada mereka yang bom dia hanya kata "no comment".

Suka-suka saja dia bom negara orang.

Bolehkah pemimpin yg meng"associate" dirinya dengan pemgebom suka -suka ini kita pilih untuk memimpin negara kita? Nanti dia pula bom negara kita sesuka hatinya dan cakap "no comment".


komen:-
  1. Mohd Ibadat Roy Inilah jenis manusia yg di sumpah dan di laknatullah..Siapa yg ikut telunjuk dia..akan disumpah juga oleh rakyat,sebab dlm politik rakyat yg menjadi pengadil 
  2. Abd Rauf Saib Ini adalah Peringatan buat rakyat Malaysia yg terkinja2 menyokong Israel.....mcm Anwar.... 
  3. Ozzay Waid nauzubillah ! no comment... ?
RELATED

Tuesday 23 October 2012

Top priority for customary land right issues — Sabah CM

 Datuk Seri Musa Aman
Posted on October 23, 2012, Tuesday

KOTA KINABALU: Top priority is given in tackling the right of ownership on Native Customary Rights (NCR) land and to find the best solutions to problems to protect the interest of the natives.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said every NCR claim received by the government would be studied as deeply as possible to confirm its legitimacy.

“I will ensure priority will be given to looking after, preserving and protecting the interest of the natives,” he told Datuk Nilwan Kabang (Umno-Kunak) at the State Assembly, yesterday.

Musa, who is also the State Finance Minister, said 890,626.47 hectares or 45 per cent of the total government land had been
given ownership in Sabah through five methods, including Native Title (NT), equity and gazetting.

Monday 22 October 2012

APA LOGIKNYA?

Apa alasan Anwar menjemput former Indian MP Mubasyar Jawid Akbar melancarkan bukunya "Tinder Box: The Past and The Future of Pakistan" di Malaysia?

APA LOGIKNYA?

Prof Dato Drv Haron Din, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Sayap Pemuda PAS mengutuk kenyataan  MP Mubasyar Jawid Akbar dan menolak idea bukunya...

Apakah Golongan Anwarinas dan Parasit PAS mampu seterusnya berjaya menyusupkan idea yang disukai Anwar ini ke dalam PAS?

Sikap PAS terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat selalu tiada ketegasan. Sikap yang sedemikianlah, denial, menyebabkan PAS mudah diresapi fahaman di luar garisan perjuangan PAS. PAS akan lebih menghadapi kesukaran untuk mengikis fahaman sonsang yang semakin menular dalam PAS jika mereka terus-terusan bersikap acu tak acu dalam soal ini.

Sunday 21 October 2012

KONVENSYEN POLITIK BAHARU SABAH. Konvensyen yang bukan Konvensyen


  1. Nanti HUSAM balik KL dan Kelantan bagi tahulah orang-orang dan penyokong tegar di sana bahawa di Sabah memang DIURANG (PR) DAPAT BANYAK KERUSI......kerusi kosong!
  2. PRU13 lebih kurang mcm inilah juga.. Di Tuaran, APS dan PPS itu dipanggil "PKR CELUP"... Sudah jelaslah dengan pertemuan dalam "Konvensyen Politik Baharu Sabah" ini...
  3. Ada banyak kerusi di CHAN FURNITURE.. Penganjur memilih tajuk "POLITIK BAHARU SABAH" sekadar mengelak dari istilah yang telah digunakan BN, POLITIK SABAH BARU...Kenapa sambutan kepada POLITIK BAHARU SABAH malap. Ramai lagi Tadika punya Birthday Party?
Gambaran di ataslah yang perlu dilihat oleh Rakyat Malaysia seantero tanahair. Kata Rakan-rakan media pula sudah mula melahirkan kata-kata:-
  • Sekali TERTIPU takkan selamanya TERMAKAN TIPU
  • Rakyat dah terhidu pembohongan demi pembohangan mereka....akibatnya...beginilah....
  • Kerusi rodapun ada!!!

Saturday 20 October 2012

SUNGGUH JAUH BERBEZA

Ketika Bangsamoro menderita kerana tindakan KETENTERAAN ALL-OUT ESTRADA bagi mengambil hati Amerika yang memerangi "terrorisma", Ketua Umum PR, Anwar Ibrahim dan Isterinya, Presiden PKR terus menjalinkan hubungan MESRA dan tidak terlintas di hatinya menghentikan keganasan itu

ESTRADA, X-PRESIDEN FILIPINA DIGULINGKAN RAKYATNYA KERANA BERLAKU rasuah DAN di tuduh terlibat dengan skandal SEX terhadap rakyatnya.

Terkini, DS Najib Tun Razak BERJAYA menjadi SAKSI kepada dunia bahawa Perjanjian Damai di Selatan Filipina dipersetujui Kerajaan Filipina di bawah Ninoy Aquino Jr. Presiden Filipina dan MILF.

SUNGGUH JAUH BERBEZA...

Friday 19 October 2012

Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Amani William-Hunt Abdullah Tinggalkan DAP

BILA AKTIVIS ORANG ASLI MENINGGALKAN DAP, NYATA DAP TIDAK MENJAMIN KEPENTINGAN DAN HAK 'SON OF SOIL"..

"DAP cuba hendak memperdayakan beliau, konon hendak bagi dia jadi menteri besar".

"Sebenarnya, Orang Asli daripada dulu lagi menyokong kita (Barisan Nasional) tetapi DAP cuba nak pancing dengan menggunakan Bah Tony. Sekarang, Bah Tony sudah keluar parti. Kalau beliau sudah keluar, apa lagi, ikan tak makan pancing, umpan sudah lari,"

Suami berhak berpoligami

Gambar Hiasan: Pelarian Iraq semasa Perang Iraq.
Kuala Lumpur: Suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran. 
Empat elemen utama akan dinilai oleh mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri," - Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Thursday 18 October 2012

MUSLIHAT. .

Dana asing sarat dengan MUSLIHAT. 
Menerima bantuan asing atas alasan human right dan hak demokrasi menentang kerajaan yang memakmurkan hidup mereka dan keluarga mereka.. akhirnya satu lawan ramai... yang ramai kecundang dan yang runtuh adalah maruah mereka. "Demokrasi yang diidam-idamkan MATI dibunuh"

Jangan kita bangga dan leka dengan bantuan asing seperti George Soros yang bertopengkan "human right" dan "hak demokrasi" yang sarat dengan MUSLIHAT. TIDAK MUSTAHIL yang akan berbaris seperti mereka itu (gambar) adalah BANGSA KITA yang pernah leka berbangga dengan penentangan yang didalangi kuasa asing!

KALI INI SATU LAWAN YANG RAMAI, YANG RAMAI TUNDUK DAN KECUNDANG.. DAN MARUAH mereka BERKUBUR SEDANG DEMOKRASI MATI DI HUJUNG SENJATA..

Nazri tells Pakatan to ask HK about Sabah Umno’s RM40m

The Barisan Nasional (BN) government continued today to defend Sabah Umno’s RM40 million political donation from an unknown source, with an Umno minister telling opposition lawmakers to refer to Hong Kong’s anti-graft agency if they opposed the contribution.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (picture), in deflecting criticisms against Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman in the Dewan Rakyat, told the House that it is not an offence for a political party to receive donations from any individual.

“Political donations are not any offence. If we wanted to say it is an offence, we would have enacted laws against it,” he said to uproar from the opposition bench. If people want to contribute, let them contribute. What is the problem there? Continue reading (Click Here)

Wednesday 17 October 2012

Cermamah Zul Nordin...Kg Sg Rokan Bhg II

BARANG MALAYSIA MADE IN SINGAPORE.. INILAH JADINYA. TIADA MARUAH DAN TAK KISAH.

Alvin dan Vivian. Mungkin mahu terkenal sebagai Porn Star.

Alvin dan Vivian sudah TAK KISAH. Mereka sudah memilih untuk menjadi swinger dan slut. Soal moral sudah mereka ketepikan dan buang jauh-jauh kerana.  Konon memilih 'freedom" dan mereka buat apa yang menggembirakan mereka atas prinsip kebebasan memilih dan melakukan apa yang mereka suka.

Alvin dan Vivian adalah produk Malaysia kerana mereka Rakyat Malaysia. Mereka menuntut di Singapura. Aktiviti mereka berputik di sana dan Made in Singapura. Pastinya mereka akan menghadapi hukuman dari Singapura dan Malaysia hasil dari produk mereka yang tak bermaruah.

Gambar dan video mereka sudah tersebar dan mereka masih tidak sedikitpun merasa bersalah. Malah bangga bagai lahirnya dua bintang Made in Sinapore, a Malaysian raw material.

Tuesday 16 October 2012

RAPID PENGERANG.

DEMONSTRASI MENENTANG RAPID PENGERANG pada 30 Sept 3012.

Kata Sallahuddin Ayob yang mengetuai Demonstrasi menghalang Rapid Pengerang: ... STOP Rapid Pengerang! dan kekalkan Pengerang Lestari (cantiknya pilih perkataan).

Kata Anwar: Saya tak bantah projek Rapid Pengerang tapi beberapa isu kena diselesaikan dahulu seperti EIA HARUS DIBENTANGKAN KEPADA RAKYAT. 

Tiba-tiba Sallhuddin Ayob tukar TAJUK dan koner baring... dia pun bilang dia juga  tidak menentang Rapid Pengerang dengan TIBA TIBA.

Chua Jui Meng Kata: Jika PR menang Rapid Pengerang akan dibatalkan.

Orang Singapore yang membeli tanah di kawasan yang terlibat dengan projek Rapid Pengerang di atas nama PROXY atau Nominee kata: TOLONGLAH, PLEASE... PEMBANGKANG KENA terus HALANG 100% KALO TIDAK DUIT KAMI HANGUSSSS!. Lagipun nanti Johor akan maju dan rakyat Johor makmur, maka kami tak ada lagi peluang lagi beli harta dan tanah mereka!!!

NILAILAH SENDIRI penyataan di atas....

Wednesday 10 October 2012

MUSUH NEGARA SENJATA PEMBANGKANG

Alat Kuasa asing, Yahudi uNtuk "menukar regime" yang tidak mengikut telunjukk mereka dan menjadi ALAT AMPUH PAKATAN RAKYAT UNTUK MERAMPAS PUTRAJAYA.

SUARAM juga akhirnya mengakui menerima DANA dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang ditadbirurus oleh George Soros yang bermatlamat melakukan 'REGIM CHANGE" di mana mana negara yang tidak mengikut telunjuk Jews dan Israel, seperti Malaysia.

William Bourdon, ADALAH lawyer Perancis yang telah dijemput oleh Anwar bin Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk memberi taklimat di Dewan Rakyat Malaysia-(percubaan Anwar menggunakan anasir luar mempengaruhi MP setelah Budger PR dilihat gagal). Lawyer Perancis itu juga adalah lawyer yang bertindak bagi pihak SUARAM dalam isu SCORPENE. William Bourdon adalah juga lawyer bagi George Soros dalam kesnya mengenai jenayah perdagangan Matawang Antarabangsa.

Oleh itu anda jangan hairan jika pemberi DANA ini juga adalah sebahagian dari mereka yg memberi dana menjatuhkan Ghadaffi, dan sedang menjatuhkan Kerajaan Syria kini..ringkasnya mereka di belakang "ARAB SPRING"..


Kita juga tidak hairan jika mereka selama ini berada di belakang Pembangkang di Malaysia. Selama ini kita menyaksikan SUARAM dijadikan senjata yang ampuh oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang kerajaan dan kepimpinan negara khasnya DS Najib Tun Razak. 

Sejak Anwar dipenjara dahulu, SUARAM dan kuasa asing telah berusaha menyokong Anwar melalui Nurul Ezah Anwar. Penyusupan ini amat ketara kini terutama apabila ia menyusup ke atas pemimpin yang amat terdesak mendapatkan kuasa.

Anwar sanggup ke Paris menjemput William Bourdon, lawyer Perancis yang juga lawyer upahan SUARAM untuk memberi taklimat mengenai kes Scorpene, satu kes yang telah ditutp oleh Mahkamah Perancis beberapa tahun yang lalu.

William Bourdon juga adalah peguam utama George Soros dalam kes jenayahnya menganjurkan perdagangan matawang di peringkat antarabangsa sehingga suatu waktu dulu telah menjatuhkan ekonomi Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Pertalian SUARAM, William Bourdon, George Soros, Pembangkang dan Anwar Ibrahim tidak boleh dipandang ringan oleh Rakyat Malaysia. 

PRU13 nanti, rakyat Malaysia harus berjihad menentang musuh negara ini yang amat nyata di hadapan mata kita, Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dan cintakan keamanan perlu berjihad. Kita berjihad kerana kita tidak mahu berlaku "Malaysian Spring"..

Sunday 7 October 2012

Chua: DAP’s most notable success is its ability to create illusions to fool people

GEORGE TOWN: The DAP's most notable success is its ability to create illusions to fool the people as well as to incite political hatred, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“The DAP, especially its secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng is an expert at giving false hope to the people,” he said.

“The party claimed they are not corrupted and practise clean governance and this has enabled them to have RM1.2bil; but it did not mention that the Barisan Nasional administration had left behind RM900mil.”

Dr Chua said the Penang government had claimed to have settled RM600mil in debt, but what they actually did was to push the water supply loans to the Federal Government.

“The DAP boasts that the state's revenue has gone up, short of telling the people that they did this by selling state land.

“It is not something sustainable as land in Penang is limited. In three to five years, there will be no more land for sale and property prices will have gone up drastically,” he told more than 2,000 people at Bayan Baru Barisan Parliamentary Mesra Rakyat Dinner here last night.

Some 100,000 families were on the affordable housing waiting list, but Penang did not build a single unit of such houses between 2008 and 2010, he said, citing the Auditor-General's Report.

Dr Chua said Lim also claimed credit for Penang being top for attracting foreign investors in 2009 and 2010, describing it as a sign of the investors' confidence in the state administration.

“Now that Penang has plunged to the seventh spot this year, can we say foreign investors have lost confidence in DAP and Penang?” he asked.

Dr Chua also pointed out that Penang had recorded minus 1.8% growth from 2008 to 2010, against the 5.4% growth at the federal level.

“Four and a half years have gone by, but why did Lim not announce the state's development blueprint?”

Dr Chua said the DAP kept attacking the MCA and Gerakan and created an illusion that it was the dominant party in Pakatan Rakyat.

Thursday 4 October 2012

KABINET BAYANGAN PR, SABAH SARAWAK HANYA BAYANG-BAYANG

Besarnya Sabah dan Sarawak namun hanya bayang-bayang dalam Kabinet Bayangan PR
Kabinet bayangan yang dikemukakan YB. Shuhaimi, ADUN Batu Tiga (PKR) dalam Mesyuarat Resmi Biro Politik PKR membariskan kepimpinan utama PKR, DAP dan PAS. Barangakali  itulah bayangan hasrat PR yang ingin meletakkan kepimpinan seenior mereka mengikut acuan yang mereka idamkan.

Walaupun ianya hanya kabinet bayangan, namun ianya diputuskan dalam Mesyuarat Resmi Biro Politik PKR, sekaligus membayangkan pendirian mereka dan tanggapan mereka bahawa BN dapat mereka tumpaskan dalam PRU13 yang bakal diadakan.

Sekaligus kabinet bayangan ini menampakkan tanggapan bahawa Sabah dan Sarawak seolah-olah  seperti berada di luar Malaysia atau tidak penting atau tidak wujud bagi PR khasnya PKR.

Apakah disebabkan oleh fakta bahawa Sabah dan Sarawak telah menafikan hasrat mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU12 yang lalu? Atau kerana MP dari Sabah dan Sarawak telah membenamkan janji 16 September, 2008 yang menjadi kebanggaan Anwar Ibrahim dan PR pada masa itu?

Hanya nama DS Haji Lajim Haji Ukin yang disebut-sebut sebagai wakil Sabah mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Terkadang timbul persoalan dibenak saya, mungkin dibenak majoriti rakyat Sabah, apakah hanya kawasan Beaufort sahaja yang diperlukan PR untuk membentuk kerajaan? Atau apakah hanya undi rakyat Sabah sahaja yang PR perlukan untuk mengisi angan mereka merampas Putrajaya?

Dengan menyenaraikan nama Lajim, apakah ini akan menaikkan sokongan pengundi kawasan Beaufort terhadap Lajim pada PRU13 nanti? Jika benar demikian, apakah benar bahawa pengundi Beaufrot, Sabah hanya mementingkan Lajim dan menafikan kehendak dan hati nurani seluruh rakyat Sabah di lain kawasan?

Kabinet bayangan yang dikeluarkan pemimpin PR itu, sudah pasti amat mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak. Ianya benar-benar jelas memperkecil rakyat dan kepimpinan Sabah dan Sarawak.

Walaupun ianya disusunatur bukan atas keputusan bersama pucuk pimpinan PR, namun elemen menafikan Sabah dan Sarawak semakin kelihatan wujud di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat khasnya PKR.

Tindak balas rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Kabinet Bayangan itu pasti akan mereka jelmakan melalui peti undi pada PRU13 nanti. Anda pasti dapat membaca bentuk dan rupa paras tindakan mereka yang dinafikan hak.

Wednesday 3 October 2012

Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat


BREAKING NEWS - Shadow Cabinet Pakatan Revealed
Wednesday, October 3, 2012
Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

  • Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
  • Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)
  • Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)
  • Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
  • Dr Tan Seng Giaw (DAP)
  • Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
  • Datuk Mustafa Ali (Pas)
  • Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)
  • Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)
  • Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)
  • Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)
  • Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)
  • Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)
  • Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)
  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)
  • Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
  • Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)
  • Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)
  • Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)
  • Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)
  • Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)
  • Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)

Senarai diatas ini dikeluarkan oleh Shuhaimi Adun Batu Tiga dalam mesyuarat biro politik PKR baru - baru ini tanpa persetujuan DAP dan PAS. Mereka menganggap kononnya PKR akan menang besar di semua kerusi yang dipertandingkan, manakala parti - parti lain hanyalah pelengkap sahaja.(sumber dalaman PKR)

DARI :PAPA GOMO

Saturday 22 September 2012

Pakatan Rakyat: Pergelutan "YB Wannabe"

PR-Maijol Mahap VS Anthony Mandiau di Kota Marudu
Dalam posting yang lepas, Saya menulis bahawa "pemimpin PKR-APS saling RAGU MERAGUI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN". Alasannya ialah mereka saling bergelut merebut "candidate wannabes" yang seterusnya dipertaruhkan untuk menjadi "YB Wannabes".

BUKTINYA:-

“It was during this gathering that the APS leader announced that Mahap will be the Pakatan candidate for the Kota Marudu parliamentary seat, contesting on a PKR ticket.“What is this? This is clear that Mahap resigned from Upko so that he can contest, which he would not have been able to do if he is still in BN,”

“I am the Kota Marudu PKR head but was sidelined. This should not have happened,”-Tambah Anthony.

INI HANYALAH sekilas riak dari ombak yang besar. "A tips of iceberg", pergelutan kumpulan baru yang di bawa dalam Pakatan Rakyat. Kawasan lain seperi Tuaran, Kota Belud (atau Papar), Beaufort dan Labuan, kes ini hampir serupa.

APAKAH PENYERTAAN Dt. Wilfred Bumburing, DS Lajim Haji Ukin, Dt Haji Yahya Lampong dan TS Ibrahim Menudin ke Kapal Pakatan Rakyat satu KEBANGGAAN, MALAPETAKA BARU ATAU MASALAH BARU SEPERTI YG BERLAKU DI KOTA MARUDU?

Apakah kejadian di kota Marudu SATU PERTANDA bahawa STAR dan SAPP lebih organised berbanding Pakatan Rakyat?

APAKAH PAKATAN RAKYAT KHASNYA PKR LAYAK menamakan dirinya SEBAGAI Ketua Parti Pembangkang yang mengetuai semua Parti pembangkang di Sabah?

MASIH RAGU MERAGUI

STAR semasa Konvensyen I Star di Kota Kinabalu (kiri) APS semasa perjumpaan di Kg Marak Parak Kota Marudu. (kanan)
JELAS kepada pemerhati politik tanah air bahawa STAR adalah satu parti yang asasnya ingin menuntut hak dari kerajaan persekutuan sekaligus menentang Dasar-dasar Federalisma yang dianggap mengabaikan hak Sabah.

APS atau Angkatan Pembaharuan Sabah JELAS sebagai PKR yang BERTOPENGKAN APS. APS digunapakai oleh ANWAR untuk mengimbangi STAR yg diketuai Dr. Jeffrey yang TIDAK MAMPU diperkuda Anwar.

Bumburing sendiri tidak mempunyai kawasan yang selamat untuk bertanding. Dalam masa yg sama MASIH RAGU MERAGUI dengan pimpinan PKR lain yang juga mahu jadi YB Wannabes..

Apakah APS dan STAR selesa dengan keadaan ini? Wajarkah Bumburing mengenepikan STAR? Bagaimana dengan Edward Linggu (STAR) yang menantinya di Tamparuli untuk perlawanan kali ke II?

APAKAH APS DAN STAR YANG TAK SEHALUAN mampu mengimbangi parti parti KDM (PBS, UPKO dan PBRS) dalam BN? —

Thursday 20 September 2012

SOALAN DAN SSKM-Sabah Sarawak Keluar Malaysia

COPIED FROM A POSTING BY MY FB FREN (dengan izin)
Farahdiah Mohd Ismail

SOALAN 1. Perjuanagn STAR: Adakah STAR menyokong perjuangan SSKM-Sabah Sarawak Keluar Malaysia seperti yang utarakan oleh Doris Jones yang mendapat reaksi "panas" dalam kumpulan ini (UMB Sabah-Unit Medua baru Sabah-Kumpulan media dalam Facebook)?

Gambar: Di atas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR, mengajak "orang-orangnya" to pay tribute dan respect pemimpin kemerdekaan Sabah melalui Malaysia di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan, Kota Kinabalu.

Di bawah  Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berdiskusi (di belakang orang-orangnya) bersama DORIS JONES propagator SSKM-Sabah Sarawak Keluar Malaysia. (Maknanya Doris ini sebenarnya residing di Sarawak dan cuba mengelirukan ramai bahawa dia tinggal di UK dalam FB nya).

SOALAN 2. Adakah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan STAR juga subscribe idea yang hendak diperjuangkan Doris Jones, SSKM?

Monday 17 September 2012

16 September Part II

Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan negeri Sabah. itulah intipati ucapan Anwar Ibrahim sewaktu melawat Sabah 16 September 2012. Kali kedua Anwar berucap di Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah. Singgarung sendiri membawa pengertian lebih kurang "minum minuman keras atau minuman keras buatan tempatan".

Sambil berucap, Anwar mengahdapi sedikit cabaran dan gangguan dari seorang pengunjung yang telah mabuk akibat "menyinggarung". Keadaan bagaimanapun dapat ditenteramkan dengan bantuan orang ramai dan pasukan keselamatan.

16 September Part II.. janji Anwar... Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan Sabah selepas PRU13... 16 SEPTEMBER PT. II LAGI!!!. (Lama-lama keringlah AIR LIUR SI NUWAR INI....!!!)

16 September, 2008 masih diingati sebagai satu janji yang gagal. Malah ramai yang menganggap bahawa ianya satu pembohongan politik yang tiada taranya dalam abad millenium ini.

16 September, Pt.I. (2008)

Dalam kesibukan Anwar dan pasukan hadapannya mengejar 30 MP dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai PR, tahun 2008, Perak telah jatuh ke tangan BN. Perkara inilah yang membuatkan Pengerusi DAP tidak dapat menahan kemarahnya lalu terkeluar dan tersebarlah ungkapan Karpal Singh yang menolak kepimpinan Anwar.

Karpal Singh mengatakan bahawa Anwar telah banyak melakukan kerosakan dalam negara ini....sambil menyeru Anwar supaya bertaubat..

Bagi sesetengan pemerhati politik, ITU ADALAH PERTANDA AWAL BAHAWA SUATU HARI NANTI DAP AKAN MENJATUHKANNYA...

16 September, Pt.II (2012)

Anwar ke Sabah pada 15-16 September, 2012. Misi Utama ialah melancarkan Hari Malaysia 16 September 2012 dan menyambut penyertaan dua orang veteran politik, TS Ibrahim Menudin dan Dt. Hj Yahya Lampong.

Jika semasa Ds. Haji Lajim Haji Ukin dan Dt. Wilfred Mojilip Bumburing meninggalkan BN dianggap Anwar sebagai "the turning point of Malaysian politic" yang menjadi perhatian Asia dan global, kali ini penekanan yang dibawa Anwar berbeza. Anwar lebih fokus kepada "UBAH" yakni menjatuhkan kerajaan Negeri Sabah dan mengatakan PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU13. Penyertaan 2 pemimpin veteran dari UMNO merupakan penyuntik ilham kepada pokok persoalan yang menjadi penekanan dan fokus baru Anwar.

Sekaligus penekan dan fokus baru Anwar itu bermakna bahawa dia akan BAKAL MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7, SELEPAS PRU13. Inilah yang dapat disimpulkan sebagai 16 September Pt.II.

Warga laman sosial di Sabah terutama FB, rata-rata menganggap bahawa penyertaan dua pemimpin veteran UMNO itu ke PR sebagai "penerimaan pemimpin yang "expired" kerana pemimpin ini sudah lama tidak diturunkan BN ke gelanggang politik dan tidak juga diberi peranan politik sekian lama dan bakal mengerukan lagi PR Sabah terutama PKR yang sedia "lesu dan longlai" (meminjam kata-kata pemimpin kanan PKR Sabah).

Apakah 16, SEPTEMBER PT II akan menjadi kenyataan? WnS.

Sunday 16 September 2012

16 SEPTEMBER PT.II.

Anwar bin Ibrahim
SEMPENA 16 SEPTEMBER, ulang tahun ke 4 pembohongan politik yang tiada taranya di dunia yang dibuat Anwar bin Ibrahim pada tahun 2008. Anwar bin Ibrahim sekli lagi membuat satu lagi janji IAITU: SABAH MILIK PAKATAN RAKYAT PADA PRU 13.. Untuk itu bolehlah di panggil "16 SEPTEMBER PT.II".

Dia berucap di Singgah Singgarung, Tuaran pada 16 September, 2012.

Ingat ya "16 SEPTEMBER PT II" YAKNI Sabah milik Pakatan Rakyat selepas PRU13....

Rima hanya mampu ucapkan...'KESIAN ORANG POLITIK SEPERTI INI..NO WONDER DIA KENA TIBAI di sebelah sana..." ILUSINASI TERLALU KUAT.

Friday 14 September 2012

Yang Mendakwa Rasulullah SAW Sokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Laporan Polis Dibuat Ke Atas Khatib Yang Mendakwa Rasulullah SAW Sokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Naujubillah...KHATIB MCM INI PUN MASIH ADA KER?

DENGAR KHUTBAHNYA DI SINI...(audio)
http://khairulryezal.blogspot.com/2012/09/laporan-polis-dibuat-ke-atas-khatib.html

Komen Ustaz Fathul Bari.

Thursday 13 September 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP BLOG HINA TARIAN SUMAZAU

Bravoo dan tahniah kepada PBS yang membuat laporan polis mengenai PENGHINAAN BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT terhadap TARIAN SUMAZAU.

HE CAN RUN BUT HE CANNOT HIDE... Satu sejarah malang bagi penyokong Pakatan Rakyat...

PAPARAN NEW SABAH TIMES 1 SEPTEMBER, 2012.

LAPORAN POLIS TERHADAP BLOG HINA TARIAN SUMAZAU 13th September, 2012

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) membuat laporan polis mengenai sebuah artikel dalam blog Suara Pakatan Rakyat yang menghina tarian Sumazau.

Laporan polis mengenai artikel bertarikh 11 Sept, jam 12.05 petang itu yang dianggap sebagai menghina dan menghasut perasaan benci terhadap budaya masyarakat Kadazandusun Murut dikemukakan oleh Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin, di Balai Polis Penampang, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana artikel berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“PBS membuat laporan polis dan mendesak tindakan polis terhadap kenyataan berikut sesuai dengan mana-mana akta berkaitan dengan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Henrynus berkata, tajuk artikel “Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak” menghina seluruh masyarakat Kadazandusun Murut yang mempunyai rentak dan gaya tarian seumpama itu.

“Kenyataan dalam artikel itu seperti “Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang kebanyakan dari kita semua faham” menghina kerana menyatakan tarian Sumazau sebagai bukan tarian rakyat tetapi tarian pemujaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu kenyataan seperti “Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian itu tak berapa berkenaan di mata penulis, nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung” adalah menghina kerana ianya menyatakan penari Sumazau nampak bodoh. Perkataan “bodoh” bercanggah dengan semangat Rukun Negara.

“Penulis yakin, bukan seorang, majoriti rakyat Malaysia sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini. Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka. Kita di Semenanjung yang jauh lebih moden, bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu” – kenyataan ini menghina oleh kerana ia menuduh masyarakat Kadazandusun Murut sebagai kurang moden, kurang bertamadun, kolot dan ketinggalan zaman.

“Penulis rasa tindakan Najib “mencemar duli” dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik perhatian sokongan kaum India”—kenyataan ini sangat menghina masyarakat Kadazandusun Murut kerana ia menuduh bahawa menari Sumazau mencemar Duli, walaupun tidak sebut sepenuhnya,” katanya.

Henrynus berkata, kenyataan seperti “Berapa percent sangat mereka di Sabah? mengejek masyarakat Kadazandusun Murut sebagai minoriti dan tidak penting dalam politik Malaysia.

“Oleh itu PBS memohon polis menyiasat kenyataan blog ini seperti penulis blog dan mengambil tindakan wajar kerana menghina dan menyinggung perasaan masyarakat Kadazandusun Murut di Sabah yang dituduh sebagai bodoh, tidak bermoral, kebelakang, kurang bertamadun, terlalu kecil dan tidak layak dihormati,” katanya.

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe

Blog Archive