Wednesday, 24 October 2012

KELENTONG

Rakyat Malaysia di Skudai Johor sudah kena KELENTONG mengenai Sabah oleh Anwar. Keningau, Lahad Datu dan Papar sudah dalam gengamannya?!! Rakyat Johor jangan mudah kena KELENTONG... Sabah Tak Pernah Goyang...

Sambil Anwar bernyanyi merdu terpaksa "tanya sama Najib kenapa bergoyang, itulah tandanya Sabah kan hilang". Lagu Anwar ini dipadankan dengan lirik lagu "tanya sama pokok kenapa bergoyang".. Konon Sabah sudah goyang oleh PKR bawaannya dari Kuala Lumpur!

Saya dan rakan-rakan membalasnya dengan pantun dua kerat: "KITA BILANG, BIAR DIA PULANG BAWA TULANG"

Maknanya Rakyat Johor dikaburi dengan informasi yang di susunnya dari Sabah sedangkan fakta sebenar, setiap kunjungannya di Sabah, orang-orang yang hampir sama memenuhi ruang di setiap Daerah yang dilawatinya. Lawarannya ke Keningau diiringin oleh penyokong PKR dai Kota Kinabalu,  Beaufort dan Papar dan lain-lain kawasan di seluruh Sabah.

Jika benar sokongan PKR atau PR "menggoyangkan Sabah", kenapa semasa Konyensyen POLITIK BAHARU SABAH yang dihadiri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Husam Musa, DS Lajim Ukin, Dt. Wilfred Bumburing, Jimmy Wong (DAP), Thamrin Hj Zaini dan pemimpin DAP yang dianjurkan bersama PR, PKR, PAS, DAP , PPS dan APS, peserta dan kehadiran umum tidak mencapain angka 100 orang?

Benarlah bahawa  "KITA BILANG, BIAR DIA PULANG BAWA TULANG"

Cek video klip di sini: http://www.youtube.com/watch?v=448KMXgVaEs

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe