Thursday, 4 October 2012

KABINET BAYANGAN PR, SABAH SARAWAK HANYA BAYANG-BAYANG

Besarnya Sabah dan Sarawak namun hanya bayang-bayang dalam Kabinet Bayangan PR
Kabinet bayangan yang dikemukakan YB. Shuhaimi, ADUN Batu Tiga (PKR) dalam Mesyuarat Resmi Biro Politik PKR membariskan kepimpinan utama PKR, DAP dan PAS. Barangakali  itulah bayangan hasrat PR yang ingin meletakkan kepimpinan seenior mereka mengikut acuan yang mereka idamkan.

Walaupun ianya hanya kabinet bayangan, namun ianya diputuskan dalam Mesyuarat Resmi Biro Politik PKR, sekaligus membayangkan pendirian mereka dan tanggapan mereka bahawa BN dapat mereka tumpaskan dalam PRU13 yang bakal diadakan.

Sekaligus kabinet bayangan ini menampakkan tanggapan bahawa Sabah dan Sarawak seolah-olah  seperti berada di luar Malaysia atau tidak penting atau tidak wujud bagi PR khasnya PKR.

Apakah disebabkan oleh fakta bahawa Sabah dan Sarawak telah menafikan hasrat mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU12 yang lalu? Atau kerana MP dari Sabah dan Sarawak telah membenamkan janji 16 September, 2008 yang menjadi kebanggaan Anwar Ibrahim dan PR pada masa itu?

Hanya nama DS Haji Lajim Haji Ukin yang disebut-sebut sebagai wakil Sabah mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Terkadang timbul persoalan dibenak saya, mungkin dibenak majoriti rakyat Sabah, apakah hanya kawasan Beaufort sahaja yang diperlukan PR untuk membentuk kerajaan? Atau apakah hanya undi rakyat Sabah sahaja yang PR perlukan untuk mengisi angan mereka merampas Putrajaya?

Dengan menyenaraikan nama Lajim, apakah ini akan menaikkan sokongan pengundi kawasan Beaufort terhadap Lajim pada PRU13 nanti? Jika benar demikian, apakah benar bahawa pengundi Beaufrot, Sabah hanya mementingkan Lajim dan menafikan kehendak dan hati nurani seluruh rakyat Sabah di lain kawasan?

Kabinet bayangan yang dikeluarkan pemimpin PR itu, sudah pasti amat mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak. Ianya benar-benar jelas memperkecil rakyat dan kepimpinan Sabah dan Sarawak.

Walaupun ianya disusunatur bukan atas keputusan bersama pucuk pimpinan PR, namun elemen menafikan Sabah dan Sarawak semakin kelihatan wujud di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat khasnya PKR.

Tindak balas rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Kabinet Bayangan itu pasti akan mereka jelmakan melalui peti undi pada PRU13 nanti. Anda pasti dapat membaca bentuk dan rupa paras tindakan mereka yang dinafikan hak.

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe