Tuesday, 20 November 2012

Hak Istiewa Bumiputera dihapuskan?


Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez dan organisasi amal antarabangsa, Equal Right Trust (ERT) yang mencadangkan HAK BUMIPUTERA DI NEGARA INI DIMANSUHKAN dimansuhkan.

Selain sebagai Pengerusi Tenaganita (NGO), Irene Fernandez JUGA merupakan SUPREME COUNCIL MEMBER/AHLI MAJLIS TERTINGGI PARTI KEADILAN RAKYAT.

SEBELUM INI DIA SERING mendapat kecaman media kerana sering memburukkan imej negara di luar negara. Antaranya kenyataan stereotypenya mengenai layan terhadap pekerja asing di Malaysia khasnya dari Indonesia yang dianggap boleh mencetuskan hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia atau sekurang-kurang menyinggung perasaan NGO dan rakyat Indonesia.

APAKAH ADA SUDAH BERSEDIA KEHILANGAN HAK ANDA SEBAGAI BUMIPUTERA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN?

Sebagai rekod, She was arrested in 1996 and charged with 'maliciously publishing false news'. After seven years of trial, she was found guilty in 2003 and convicted to one year's imprisonment. Released on bail pending her appeal, her passport was held by the courts, and as a convicted criminal, she was barred from standing as parliamentary candidate in the 2004 Malaysian elections.

Friday, 16 November 2012

Pas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah

Datuk Dr Harun Taib
KOTA BAHARU, 16 Nov (Bernama) -- Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan. 

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan. 

"Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

-- BERNAMA

Tuesday, 13 November 2012

GEMBIRAKAN SALMAN RUSHDIE DAN IRSHAD MANJI...

Salman Rushdie dengan The Satanic Verse karyanya dan Irshad Manji dengan Allah Kebebasan dan Cinta hasil kajian dan karyanya.
Berita mengenai hak kebebasan murtad dan kenyataan Nurul Ezzah Binti Anwar MENGENAI KEBEBASAN MEMILIH AGAMA PASTI MENGEMBIRAKAN SALMAN RUSHDIE DAN IRSHAD MANJI...

Sekurang-kurangnya mereka sudah mendapat alasan yang logik dan kukuh untuk bebas bergerak di Malaysia.. BETUL TAK? Mereka gembira kerana mereka ada Nurul Ezzah binti Anwar yang dapat menjadi sandaran mereka...Sekurang-kurangnya mereka sudah ada SEKUTU di Malaysia.

No Mercy

 No Mercy
Rakyat Malaysia keturunan India sudah merasa bahang penipuan bermula dari Kes Kampung Buah Pala.

Dulu kata Anwar semasa PRU12 "2 minggu selepas PR mengambil alih pemerintahan, Kes Kg. Buah Pala Selesai". Bila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri P.Pinang, Penduduk Kg Buah Pala DIUSIR , RUMAH MEREKA DIROBOHKAN..

Kini Makkal Shakti MENYANGGAH PR.... No Mercy... tak mau jadi barua Sivaji..."DOWN WITH PR" kata mereka....

Nah INI KALI LAH....!!

Sunday, 4 November 2012

Najib VS Hadi: DAP pasti ketawa besar .

Najib VS Hadi: Guan Eng pasti ketawa besar 
Ustaz Haji Hadi Awang nak bertanding di MP Pekan, Pahang menentang Najib Tun Razak dalam PRU13.

Mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyatakan restunya. Guan Eng akan tertawa besar sbb golongan Anwarinas dan Parasit PAS tak perlu lagi menyingkir Haji Hadi. Dia akan tumpas dan ditumpaskan di MP Pekan semasa menentang Najib.

Bila Hj Hadi tewas kelak, maknanya golongan Ulama dalam PAS akan kehilangan ketua. Presiden PAS yang baru bakal dipilih selepas PRU13... Pastinya dan mestilah dari golongan yang menyokong Anwarinas dan mesra DAP..

Agaknya berapa jauh Haji Hadi akan ketinggalan mengejar Najib dalam PRU13 nanti dalam perlumbaan di MP. Pekan, Pahang ?

Sesetengah penganalisa politik berpendapat bahawa Anwar tahu bahawa golongan ulama PAS menolak kepimpinannya... jalan mudah bagi Anwar ialah "regime change"... dia mahu memilih golongan yg memihak kepadanya....

HUTANG NEGARA: Rakyat DIMANIPULASI dengan numbor oleh Pembangkang.


HUTANG NEGARA: Rakyat DIMANIPULASI dengan numbor oleh Pembangkang.

Kedudukan HUTANG NEGARA pada masa ini adalah seperti berikut:-

Hutang Luar Negara = RM17.6 billion = 3.5% 
Hutang Dalam Negara = RM484.8 billion = 96.5% 
Jumlah Hutang Negara = RM502.4 billion = 100 % = 53.7% dari KDNK dan antara peratusan hutang negara ini berbanding KDNK adalah antara yang terendah di dunia. 

Sejak tahun 1980-an Malaysia menanggung jumlah beban hutang negara. HUTANG LUAR NEGARA ADALAH PERATUSAN KECIL dalam jumlah hutang negara. Namun negara tetap mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan berkembang. Jumlah hutang negara adalah 53.7% dari KDNK, ANTARA SATU KEDUDUKAN PERATUSAN YANG TERRENDAH DI DUNIA. 

MENGAPA pula Malaysia harus bankrupt pada tahun2012-2013 ini? 

Pada tahun 90an hutang negara melebihi 75% dari KDNK, bangkrapkah Malaysia waktu itu? Berbanding hutang negara Jepun melebihi 200% dari KDNK, bangkrapkah Jepun? Hutang negara UK melebihi 158% dari KDNK,bangkrapkah UK? Hutang negara Singapura 98% dari KDNK,bangkrapkah Singapura? 

MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA YANG MEMPUNYAI HUTANG NEGARA YANG TERURUS DENGAN BAIK DAN CONSISTENT SEJAK BERPULUH TAHUN YANG LALU DAN DIIKTIRAF DUNIA. Kenapa pembangkang membohongi Rakyat Malaysia dengan memanipulasi fact and figure seolah-olah Malaysia akan Bankrupt sedangkan ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan yang baik tatkala negara maju seperti Amerika mengalami Krisis ekonomi. 

Tandanya, Malaysia mengalami kemakmoran yang berterusan sehingga kini.. Mahukah kita menggadai kemakmuran ini semata-mata kerana penipuan dan manipulasi?

Ingatkah anda bahawa Malaysia mengalami kris ekonomi 1997-1998 disebabkan oleh perbuatan penyangak mata wang George Soros, rakan rapat Anwar Ibrahim?

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe