Monday, 13 May 2013

Muka Baharu Dari Sabah, Sarawak Di Jangka Isu Kekosongan Wakil Cina Dalam Kabinet

PM DS Mohd Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Muka baharu dari Sabah dan Sarawak disebut-sebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutan pendirian MCA dan Gerakan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan.

Keputusan dua parti terbesar kaum Cina Barisan Nasional (BN) itu adalah atas dasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti itu mencapai prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai menteri mewakili kaum tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

Anggota Parlimen Bintulu berusia 52 tahun itu merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiong, lulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sains politik dari Royal Ireland Institute of Business and Technology, merupakan seorang usahawan dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan industri kayu sejak 20 tahun lepas.

Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi dan juga Datuk Mary Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan sebagai calon Kabinet.

Linda Tsen merupakan Timbalan Ketua Wanita PBS dan mula bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 Nov 2010 berikutan kematian suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya.

Mary Yap merupakan perunding kanan di Institut Aminuddin Baki dan merupakan panel penasihat kepada Menteri Pelajaran untuk sekolah kluster.

Selain itu, beberapa nama anggota Parlimen dari Umno turut dipertimbangkan dan antaranya Datuk Halimah Mohd Sadique, 51, anggota Parlimen Tenggara.

Beliau dikatakan akan mengisi jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan pengalamannya selama empat penggal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Johor sejak 1995.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, 37, dan rakan seangkatannya Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 41, turut disebut antara muka baharu yang akan menyertai Kabinet kali ini.'

Khairy, pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, merupakan anggota Parlimen Rembau untuk dua penggal dan Reezal Merican merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, tiga bekas menteri besar antara nama-nama disebut iaitu bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, 53, dan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, 58.

Bekas anggota Kabinet yang dijangka kembali semula ialah Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, 61, dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, 64.

-- BERNAMA

Sunday, 21 April 2013

APS (PKR Celup) VS Anak Ketua Cabang PKR Tuaran di Kerusi MP Tuaran Sabah..

Hari ini adalah hari ketiga kempen PRU 13. Kesemua parti-parti yang bertanding rancak dengan aktiviti kempen menemui penyokong dan pengundi. Di P.170 Tuaran dan N.10 Sulaman, kelihatan calon-calon yang bukan ahli parti PKR tetapi bertanding menggunakan simbol PKR setelah memperolehinya dengan TIPU-MUSLIHAT YANG LICIK, mundar-mandir bersama orang-orangnya berkempen dengan rasa bangga diri dan sombong menemui rakyat supaya mengundi mereka sebagai wakil rakyat pada PRU-13 nanti. Bagaimanapun mereka tidak mempunyai jentera yang tersusun. Kenapa begitu? Ada banyak sebabnya:

1. Jentera parti PKR yang dinafikan calon2nya bertanding akibat logo yang menjadi syarat pertandingan telah dicuri, masih teguh bersama parti dan ketua cabang.

2. Pencuri logo tidak berani bersemuka secara terhormat dengan Ketua Cabang PKR Tuaran untuk mendapatkan kerjasama kempen memenangi PRU 13 ini dengan sebab malu untuk meminta maaf atas kesalahan mencuri tersebut. Ah..lucunya.. :)

3. Mereka tidak mempunyai isu yang boleh meyakinkan rakyat setelah rakyat mengetahui niat busuk mereka untuk bertanding bukanlah demi rakyat tetapi hanya untuk survival politik kesukuan dan kepentingan diri. 

Mereka agaknya terlupa bahawa rakyat dan pengundi Tuaran kenal siapa calon yang bertanding tersebut dan apa kesalahannya dimasa lalu. Walaupun calon-calon itu berjaya memperdayakan Ketua Umum dan dibenarkan menggunakan logo PKR, tetapi bagi rakyat pencuri tetap pencuri,..... penceroboh tetap penceroboh, penipu tetap penipu..dan..Allah itu maha besar kerana menunjukkan sifat mereka ini hingga di saat akhir. Mereka bukan sahaja berjaya merampas hak PKR untuk bertanding di kerusi N.9 Tamparuli dan P.170 Tuaran, bahkan juga N.10 Sulaman bila watikah pencalonan calon PKR N.10 Sulaman pun turut mereka curi dan ditukar kepada seorang calon tajaan mereka yang belum menjadi ahli PKR yang rasmi... Ah.... licik memang licik

Ini kalilah, rakyat dan pengundi Tuaran akan menghukum pencuri dan penipu ini. Yakin dan percayalah dengan kuasa yang Maha Esa. Jangan terlalu mendabik dada dan sombong di sana dulu dan menganggap telah memenangi pertandingan ini kerana... gelanggang baru dibuka, masih ada 13 hari masa berkempen. PKR Cabang Tuaran akan terus menyampaikan maklumat yang perlu kepada rakyat untuk menyedarkan mereka jenis pencuri/penipu/pengkhianat rakyat yang bakal mereka pilih nanti supaya tidak terjebak.

SUMBER DI SINI.

Monday, 25 March 2013

Pengganas Sulu serah diri lepas dikejar,saki baki pengganas makin lemah.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok(hari ini). Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42.

291 keluar PKR kerana 'mual' dengan pemimpin yang pentingkan diri.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, M.Peter, 40, berkata beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah. "Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung. "Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita. Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya. "Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Friday, 22 February 2013

HARI - HARI TERAKHIR RASULULLAH SAW

WAHYU TERAKHIR

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: 

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." 

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? 

Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda." 

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." 

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." 

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]." 

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: 

"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. 

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: 

"Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, 

"Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." 

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. 

Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." 

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. 

Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. 

Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. 

Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. 

Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Wednesday, 13 February 2013

Kadazandusun association demands apology from Anwar over 'Huguan Siou' title conferment

Huguan Siou TS Joseph Pairin
KOTA KINABALU: The Kadazandusun Cultural Association (KDCA) has demanded apologies from the Ranau PKR division and Datuk Seri Anwar Ibrahim over the conferment of the "Huguan Siou" title to the PKR adviser.

Its secretary-general Suman Yasambun said the Huguan Siou or paramount chief title was exclusively reserved for a Kadazandusun Murut leader, and culturally inappropriate and illegal to be bestowed on a non-Kadazandusun Murut.

"It has insulted and hurt the feelings of the Kadazandusun community. In fact, it is an act that will bring the curse upon a person or persons who usurp the leadership structure within the Kadazandusun community, especially in relation to the institution of Huguan Siou," he said in a statement Wednesday.

Anwar drew flak when he accepted the title bestowed on him by Ranau PKR head Jonathan Yasin on Sunday.

Suman said "Huguan Siou" was an institution that embodied the community's spirit of unity, courage and self-determination.

"He is the guardian of the Kadazandusun Murut customs, norms, artefacts and traditions which were celebrated every year through the Kaamatan festival," he said.

State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun said the title was sacred to the Kadazadusun Murut community and should only bestowed on those from the community.

He said the person who bestowed the title was probably trying to gain political mileage and it was unbecoming of Anwar to accept it for he had been in politics and government for years.

Masidi said any action deemed to belittle the Huguan Siou institution would undermine Sabah's cultural heritage and that political agenda should not override the interests of Sabahans.

United Sabah Bajau Organisation president Datuk Seri Salleh Said Keruak said the "Huguan Siou" saga showed that Anwar was ignorant of the cultures of the various ethnic groups in Sabah in his quest for power.

"He has insulted Sabahans. How do we expect Sabahans to trust him?" he said.

Liberal Democratic Party president Datuk V.K. Liew said there was only one "Huguan Siou" in Sabah, namely Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. - Bernama

Monday, 4 February 2013

LAJIM U TURN.. SEJAUH MANA KEBENARAN BERITA INI:-

DS. Haji Lajim Ukin
SEJAUH MANA KEBENARAN BERITA INI:-

Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM!

Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13".

RUJUKAN: http://mymassa.blogspot.com/2013/02/pru13-countdown-parti-star-arah-pr.html

Friday, 25 January 2013

BN akan menang dan bentuk kerajaan selepas PRU-13: Pairin

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
TAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata Barisan Nasional (BN) akan menang dan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata rakyat di negeri Sabah perlu memberi kemenangan kepada BN dengan majoriti yang lebih besar.

Pairin berkata dengan peningkatan prestasi BN di semenanjung dan keyakinan kepada penambahan kerusi rakyat perlu bersatu padu dan berada di tahap yang tinggi memberi kepercayaan dan mandat kepada BN.

Oleh itu kata Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Wakil Rakyat Tambunan menyeru agar usaha bersungguh-sungguh dibuat untuk meningkatkan majoriti di Sabah.

“Ini (membentuk kerajaan) harus menguatkan azam dan keyakinan terhadap perjuangan kita,” kata Pairin lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Seminar Jentera Pilihan Raya BN Tambunan yang diadakan di Tambunan Resort (TRCC) di sini.

“Jika kita mempunyai majoriti yang lebih besar akan memberi pengaruh yang kuat, seterusnya merapatkan kita dengan pucuk pimpinan dan menembusi persefahaman demi kepentingan rakyat di negeri Sabah,” kata Pairin yang juga Ketua Bahagian PBSTambunan.

Beliau berkata rakyat Sabah harus yakin bahawa BN akan membentuk semula kerajaan.

Hadir sama Setiausaha BN Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik dan penyelaras-penyelaras Pusat Daerah Mengundi yang menghadiri seminar sehari tersebut.

“Jangan ragu-ragu dalam perjuangan dan mainkan peranan kita dengan pendekatan yang bersungguh-sungguh kerana BN akan tetap menerajui kerajaan selepas PRU ke 13 ini,” ujar Pairin.

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Datuk Daniel Kinsik, berkata BN tetap akan menang dan mereka berada di tahap semangat yang tinggi untuk menghadapi pilihanraya.

“Kami sasarkan kepada kemenangan besar calon BN,” kata Daniel.

Menurut Daniel Bilik Gerakan di seluruh kawasan Tambunan akan mula beroperasi pada 1 Febuari ini.

Pembangkang ambil kesempatan isu RCI demi kepentingan politik: Dr. Salleh

 Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya.

Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cuma memanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentingan politik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.

“...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini. Mereka tidak mahu panel RCImenyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataan daripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkan keputusan suruhanjaya berkenaan.

“Strategi utama mereka adalah untuk membabitkan Umno,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini kelmarin.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini kelmarin.

Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya.

“Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya,” katanya.

Selasa lepas, Salleh, yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud mencabar Anwar supaya berterus terang mengenai pendatang tanpa izin kepada suruhanjaya berkenaan yang ditugaskan meneliti masalah yang tertangguh di negeri ini sejak sekian lama.

Salleh dipetik sebagai menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Anwar untuk berbuat demikian memandangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, dan menambah: “beliau (Anwar) seorang yang berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”.

Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan oleh perdana menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

Prosiding berikutnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan dari 22 hingga 27 Feb.

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe