Friday, 25 January 2013

BN akan menang dan bentuk kerajaan selepas PRU-13: Pairin

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
TAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata Barisan Nasional (BN) akan menang dan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata rakyat di negeri Sabah perlu memberi kemenangan kepada BN dengan majoriti yang lebih besar.

Pairin berkata dengan peningkatan prestasi BN di semenanjung dan keyakinan kepada penambahan kerusi rakyat perlu bersatu padu dan berada di tahap yang tinggi memberi kepercayaan dan mandat kepada BN.

Oleh itu kata Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Wakil Rakyat Tambunan menyeru agar usaha bersungguh-sungguh dibuat untuk meningkatkan majoriti di Sabah.

“Ini (membentuk kerajaan) harus menguatkan azam dan keyakinan terhadap perjuangan kita,” kata Pairin lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Seminar Jentera Pilihan Raya BN Tambunan yang diadakan di Tambunan Resort (TRCC) di sini.

“Jika kita mempunyai majoriti yang lebih besar akan memberi pengaruh yang kuat, seterusnya merapatkan kita dengan pucuk pimpinan dan menembusi persefahaman demi kepentingan rakyat di negeri Sabah,” kata Pairin yang juga Ketua Bahagian PBSTambunan.

Beliau berkata rakyat Sabah harus yakin bahawa BN akan membentuk semula kerajaan.

Hadir sama Setiausaha BN Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik dan penyelaras-penyelaras Pusat Daerah Mengundi yang menghadiri seminar sehari tersebut.

“Jangan ragu-ragu dalam perjuangan dan mainkan peranan kita dengan pendekatan yang bersungguh-sungguh kerana BN akan tetap menerajui kerajaan selepas PRU ke 13 ini,” ujar Pairin.

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Datuk Daniel Kinsik, berkata BN tetap akan menang dan mereka berada di tahap semangat yang tinggi untuk menghadapi pilihanraya.

“Kami sasarkan kepada kemenangan besar calon BN,” kata Daniel.

Menurut Daniel Bilik Gerakan di seluruh kawasan Tambunan akan mula beroperasi pada 1 Febuari ini.

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe