Friday, 25 January 2013

Pembangkang ambil kesempatan isu RCI demi kepentingan politik: Dr. Salleh

 Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya.

Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cuma memanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentingan politik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.

“...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini. Mereka tidak mahu panel RCImenyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataan daripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkan keputusan suruhanjaya berkenaan.

“Strategi utama mereka adalah untuk membabitkan Umno,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini kelmarin.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini kelmarin.

Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya.

“Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya,” katanya.

Selasa lepas, Salleh, yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud mencabar Anwar supaya berterus terang mengenai pendatang tanpa izin kepada suruhanjaya berkenaan yang ditugaskan meneliti masalah yang tertangguh di negeri ini sejak sekian lama.

Salleh dipetik sebagai menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Anwar untuk berbuat demikian memandangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, dan menambah: “beliau (Anwar) seorang yang berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”.

Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan oleh perdana menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping.

Prosiding berikutnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan dari 22 hingga 27 Feb.

No comments:

Post a Comment

Be ethical please

Sahih International

And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful.

Malay

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surat Ali-Imran 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

(Surat Ali Imran 3:118-119)

Tak Popular takpe